Tumpahan minyak di Laut China Timur : kajian kes tumpahan minyak kapal Sanchi

Kejadian tumpahan minyak di lautan merupakan suatu masalah yang tidak asing kepada masyarakat dunia. Masalah ini adalah berpunca daripada pelbagai faktor seperti pelanggaran kapal dan penggunaan kapal berbendera Panama atau ‘Flag of Convenience’ yang telah uzur. Kajian ini merupakan kajian kes pelan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahfuzah Hamizah Mohd Ariff,, Nurul Iman Khairul Anwar,, Nur Ilyana Ezwan,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18541/1/ARTIKEL%203.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18541/
http://www.ukm.my/cli/2022-4-cli/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kejadian tumpahan minyak di lautan merupakan suatu masalah yang tidak asing kepada masyarakat dunia. Masalah ini adalah berpunca daripada pelbagai faktor seperti pelanggaran kapal dan penggunaan kapal berbendera Panama atau ‘Flag of Convenience’ yang telah uzur. Kajian ini merupakan kajian kes pelanggaran kapal di Laut China Timur yang berlaku di antara kapal Sanchi dan kapal CF Crystal yang mengakibatkan tumpahan minyak yang besar berlaku di kawasan tersebut. Setelah hampir empat tahun kejadian tersebut berlaku, kajian ini dilakukan untuk meneliti semula aspek liabiliti dan tanggungan negara perairan pantai serta negara pemilik kapal tersebut apabila berlakunya perlanggaran kapal dan tumpahan minyak.Kajian ini juga dilakukan untuk mengenalpasti undang-undang antarabangsa yang terlibat dalam mengawal selia isu tumpahan minyak di laut. Antara undang-undang antarabangsa yang mengawal selia tumpahan minyak adalah seperti Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, International Convention on Civil Liability for Oil Pollution Damage (Civil Liability Convention), International Convention for the Prevention of Pollution from Ships (MARPOL 73/78), 1973/1978 dan Northwest Pacific Action Plan (NOWPAP).Kaedah kajian perpustakaan dilakukan dengan meneliti artikel-artikel dan laporan kes berkaitan perlanggaran kapal Sanchi dan CF Crystal serta tumpahan minyak. Kajian mendapati bahawa Negara China hendaklah bertanggungjawab untuk membersihkan tumpahan minyak yang berlaku kerana tumpahan minyak itu berlaku di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif China manakala kapal Sanchi pula bertanggungjawab membayar perbelanjaan-perbelanjaan yang diperlukan untuk membersihkan kawasan tumpahan minyak tersebut.