Interdiskursiviti dalam perutusan arahan kerajaan berkaitan COVID-19
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada 18 Mac 2020 dan 13 Januari 2021 semenjak penularan COVID-19 di Malaysia melalui perutusan Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung dalam media elektronik. Walaupun bertujuan memaklumkan khalayak tentang arahan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18522/1/47566-172388-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/18522/ https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1440 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada 18 Mac
2020 dan 13 Januari 2021 semenjak penularan COVID-19 di Malaysia melalui perutusan
Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung dalam media elektronik. Walaupun bertujuan
memaklumkan khalayak tentang arahan PKP, dijangkakan teks perutusan tersebut dibentuk
melalui jalinan wacana atau interdiskursiviti iaitu gabungan genre wacana dan stail yang
melaksanakan pelbagai fungsi dalam proses penyampaian arahan, berdasarkan hegemoni
politik, ideologi dan budaya masyarakat. Pelbagai persoalan dan persepsi wujud dalam
pemikiran rakyat sebelum perutusan PKP diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Teks
perutusan PKP mengandungi pelbagai hasrat Perdana Menteri dan Kerajaan seperti
menyampaikan maklumat, memberikan arahan, menenangkan hati rakyat dan sebagainya.
Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis dua teks PKP dengan menggunakan
pendekatan kualitatif. Kajian ini bertujuan mengenal pasti fungsi dan jenis wacana yang
digunakan dalam kedua-dua teks perutusan PKP, seterusnya merungkaikan teknik yang
digunakan untuk menyampaikan fungsi tersebut berdasarkan kerangka analisis fungsi wacana
dipetik daripada Idris Aman (2006). Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis
dua teks PKP dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Dapatan kajian mengemukakan
tafsiran interdiskursiviti dalam teks PKP yang direalisasikan melalui lima fungsi utama, iaitu
memberitahu, memahamkan, mengemukakan/mempertahan pandangan, meluah hasrat dan
mengeluarkan arahan. Hasil kajian juga mendapati bahawa penggunaan tiga teknik baharu
dalam fungsi meluah hasrat, iaitu empati, nasihat dan penghargaan. Selain itu, kajian ini
memberi kefahaman bahawa interdiskursiviti wujud dalam teks yang mempunyai satu objektif
utama dengan pelbagai tujuan yang bergantung pada faktor khalayak, persekitaran dan situasi
semasa. Penggunaan interdiskursiviti juga merupakan refleksi kepada strategi komunikasi
pewacana yang mengimbangi antara keperluan menunjukkan keprihatinan kepada khalayak
dengan keperluan menyampaikan arahan PKP. |
---|