Laterit sebagai bahan binaan di tapak arkeologi : kajian perbandingan di Lembah Bujang (Malaysia) dan Batujaya (Indonesia)

Kajian ini membahas tentang penggunaan laterit sebagai bahan binaan di Lembah Bujang dan membuat perbandingan dengan sebuah lagi tapak perdagangan serantau iaitu Batujaya di Indonesia untuk menentukan sama ada wujudnya keseragaman dalam penggunaan bahan tersebut di lokasi berkenaan ataupun tidak. Pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Meljev Singh Sidhu,
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18499/1/jatma-2021-0903-05.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18499/
https://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-3/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membahas tentang penggunaan laterit sebagai bahan binaan di Lembah Bujang dan membuat perbandingan dengan sebuah lagi tapak perdagangan serantau iaitu Batujaya di Indonesia untuk menentukan sama ada wujudnya keseragaman dalam penggunaan bahan tersebut di lokasi berkenaan ataupun tidak. Penggunaan batu laterit dalam pembinaan di kebanyakan tapak di Lembah Bujang boleh dipertarikhkan dari kurun keempat Masihi sehingga kurun ke-14 Masihi, iaitu hampir sepanjang tempoh Lembah Bujang aktif sebagai tempat berdagang. Penggunaan laterit di Batujaya berjaya dikesan namun bangunan yang mengandungi laterit tidak pernah dipertarikhan dan ini menyukarkan perbandingan dibuat. Namun demikian, jika diambil kira bahawa Batujaya hanya aktif untuk tempoh yang singkat sahaja iaitu dari kurun kelima hingga ke-10, boleh dikatakan bahawa penggunaan batu laterit di Lembah Bujang adalah lebih awal daripada penggunaan laterit di Batujaya. Jikalau diambil kira jarak antara Lembah Bujang dan Batujaya, maka tidak boleh ditentukan dengan tepat sama ada terdapat hubungan antara teknologi pembinaan di kedua-dua lokasi berkenaan ataupun tidak.