Sekali air bah, sekali pantai berubah : evolusi kefahaman mengenai perpaduan di Malaysia

‘Perpaduan’ ialah sebuah konsep yang telah diwar-war luas, dibincang dan dikajiselidik semenjak peristiwa konflik etnik pada 13 Mei 1969. Sebelum konsep perpaduan diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua, 1971-75, konsep ‘kesatuan’ lebih kerap digunakan mencirikan sifat sosio-politik Malaysia. A...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shamsul Amri Baharuddin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18470/1/51879-174206-3-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18470/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1422
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:‘Perpaduan’ ialah sebuah konsep yang telah diwar-war luas, dibincang dan dikajiselidik semenjak peristiwa konflik etnik pada 13 Mei 1969. Sebelum konsep perpaduan diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua, 1971-75, konsep ‘kesatuan’ lebih kerap digunakan mencirikan sifat sosio-politik Malaysia. Alasan konsep perpaduan diperkenalkan selepas 1969 ialah kerana masyarakat Malaysia dianggap sudah berpecah belah dan perlu dikembalikan pada suatu keadaan yang mengamalkan perpaduan, khususnya menggunakan pendekatan perancangan pusat, atau institusi Rancangan Lima-Tahun Malaysia yang sedia ada. Untuk lima tahun pertama selepas 1969 konsep perpaduan awal bertindak sebagai satu konsep dan matlamat tunggal negara. Selepas Malaysia makmur maka ditubuhkan Majlis Konsultatif Negara pada 2013 untuk meneliti keadaan perpaduan terkini justru kemudiannya diperkenalkan konsep perpaduan bercorak tiga serangkai – perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan. Semenjak ditubuh kembali Kementerian Perpaduan Negara pada Mac 2020 Dasar Perpaduan Negara, Blueprint Perpaduan Negara, Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan Indeks Perpaduan Nasional konsep perpaduan tiga serangkai diaplikasikan dalam dokumen berkenaan. Esei ringkas ini ialah sebuah naratif mengenai evolusi dan signifikannya konsep perpaduan dalam konteks sejarah moden Malaysia.