Pengunduran perdagangan bebas British dan kebangkitan neomerkantilisme di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1926-1939

Artikel ini mengkonstruksi pensejarahan ekonomi Tanah Melayu ketika tahun antara perang dengan tumpuan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Sebagai pembekal bahan mentah utama empayar British kedudukan NNMB sering mendapat perhatian kerajaan British dan Pejabat Tanah Jajahan. Walau bagaimanapun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Shazwan Mokhtar,, Mohd Samsudin,, Suffian Mansor,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18468/1/35456-170133-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18468/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1422
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini mengkonstruksi pensejarahan ekonomi Tanah Melayu ketika tahun antara perang dengan tumpuan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Sebagai pembekal bahan mentah utama empayar British kedudukan NNMB sering mendapat perhatian kerajaan British dan Pejabat Tanah Jajahan. Walau bagaimanapun, pensejarahan ekonomi imperial ketika tahun antara perang sering memberi tumpuan terhadap Dominions tanpa melibatkan negeri naungan, khususnya NNMB. Batasan kajian ini menyebabkan pembangunan ekonomi di NNMB seolah-olah tidak dipengaruhi dasar ekonomi imperial. Oleh sebab itu, sejarah ekonomi Tanah Melayu sering terikat dengan kerangka perdagangan bebas, sedangkan berlakunya kebangkitan neomerkantilisme di Britain selepas Perang Dunia Pertama. Justeru, artikel ini membuktikan pengaruh neomerkantilisme dalam struktur ekonomi kolonial di NNMB. Tumpuan diberikan terhadap pelaksanaan dasar ekonomi imperial oleh pihak kolonial yang digubal sejak Persidangan Imperial 1926. Kaedah kajian sejarah digunakan untuk mengenal pasti ciri sistem merkantil di NNMB dengan meneliti sumber primer seperti CO 273, 717, 885, CAB 24, T176 dan dokumen pentadbiran kolonial NNMB. Hasil kajian mendapati, sejak tahun 1920-an, dasar ekonomi imperial dipengaruhi dasar Joseph Chamberlain yang bersifat neomerkantilisme. Keutamaan imperial, pembangunan perdagangan antara empayar dan pembangunan produk tropika merupakan dasar neomerkantilisme yang dilaksanakan di NNMB.