Pan-Islamisme di negeri-negeri Melayu dan reaksi British (1912-1918)

Artikel ini menganalisis perkembangan Pan-Islamisme di Negeri-Negeri Melayu pada zaman Perang Dunia Pertama. Sebelum Perang Dunia Pertama meletus, kerajaan British di Negeri-Negeri Melayu mengamalkan hubungan diplomatik dengan pelbagai negara. Keterbukaan ini memberi ruang kepada negara-negara lain...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Aslah Akmal Azmi,, Ashraf Ahmad Hadi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18455/1/50512-175588-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18455/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1422
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini menganalisis perkembangan Pan-Islamisme di Negeri-Negeri Melayu pada zaman Perang Dunia Pertama. Sebelum Perang Dunia Pertama meletus, kerajaan British di Negeri-Negeri Melayu mengamalkan hubungan diplomatik dengan pelbagai negara. Keterbukaan ini memberi ruang kepada negara-negara lain untuk mengadakan hubungan ekonomi dan sosial dengan penduduk Negeri-Negeri Melayu. Turki merupakan antara negara yang mempunyai hubungan baik dengan British telah memberi ruang kepada negara tersebut untuk mempunyai hubungan diplomatik dengan Negeri-Negeri Melayu. Pan-Islamisme mula menjadi isu hangat apabila sekumpulan inteklekual muda di Turki telah mencetus idea dan gerakan kesatuan Islam sejagat. Kesannya, semangat Pan-Islamisme telah mula tersebar ke Negeri-Negeri Melayu. Semangat ini mempengaruhi masyarakat Islam untuk menyokong kerajaan Turki atas prinsip kesatuan umat Islam sejagat. Walaupun British sedar bahawa perkembangan semangat Pan-Islamisme ini mampu mempengaruhi kesetiaan penduduk Negeri-Negeri Melayu terhadap British namun British tidak dapat menyekat kemasukan pendakwah atau pedagang Turki untuk datang ke Negeri-Negeri Melayu. Hal ini disebabkan British masih mempunyai hubungan baik dengan Turki. Maka, semangat Pan-Islamisme terus berkembang di Negeri-Negeri Melayu sehingga Perang Dunia Pertama meletus pada tahun 1914. Justeru itu, artikel ini menilai sejauhmanakah Pan-Islamisme memberi kesan terhadap perkembangan Pan-Islamisme di Negeri-Negeri Melayu pada zaman Perang Dunia Pertama. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualititatif dengan meneliti sumber primer seperti dokumen Laporan Tahunan Negeri-Negeri Selat dan fail-fail Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British. Hasil kajian membuktikan semangat Pan-Islamisme telah diterima oleh penduduk Negeri-Negeri Melayu namun sokongan ini berjaya dikawal oleh British sepanjang zaman Perang Dunia Pertama.