Analisis ayat songsang dalam filem Seniman Bujang Lapuk berdasarkan Teori Ubah Alfa

Kajian ini dibuat bagi mengenal pasti dan menghuraikan struktur ayat songsang yang terdapat di dalam skrip filem Seniman Bujang Lapok (SBL) hasil karya P. Ramlee. Kajian ini akan memanfaatkan Teori Ubah Alfa dalam menghuraikan proses transformasi yang berlaku dalam ayat-ayat songsang. Teori Ubah Alf...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nasrun Alias,, Nurul Syuhada Mohd Noh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18392/1/52650-173136-1-SM%20%281%29.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18392/
https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1446
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dibuat bagi mengenal pasti dan menghuraikan struktur ayat songsang yang terdapat di dalam skrip filem Seniman Bujang Lapok (SBL) hasil karya P. Ramlee. Kajian ini akan memanfaatkan Teori Ubah Alfa dalam menghuraikan proses transformasi yang berlaku dalam ayat-ayat songsang. Teori Ubah Alfa merupakan antara subteori yang terdapat di dalam Teori Kuasaan Tambatan (Chomsky, 1980). Teori ini digunakan kerana sifatnya yang lebih terkawal dan universal berbanding teori transformasi sebelumnya. Kajian ini dibuat menggunakan kaedah kualitatif untuk menghuraikan hasil dapatan. Hal ini bermakna, dapatan kajian akan dipersembahkan secara deskriptif. Dalam kajian ini, beberapa bahagian skrip filem SBL telah diekstrak untuk mewakili keseluruhan kajian. Oleh hal yang demikian, hasil kajian menunjukkan bahawa skrip filem SBL ini mengandungi pelbagai pola ayat songsang yang melibatkan ayat berbentuk tunggal dan majmuk. Namun, untuk penulisan artikel ini, hanya ayat songsang jenis tunggal sahaja akan dibahaskan. Dalam hal ini, perbincangan akan tertumpu kepada pendepanan keseluruhan predikat dan pendepanan sebahagian predikat.