Isu-isu syariah bagi aplikasi modal teroka di dalam koperasi

Terdapat cadangan bagi aplikasi modal teroka patuh syariah di dalam koperasi-koperasi di Malaysia. Oleh kerana aplikasi ini belum lagi ada di dalam amalan koperasi koperasi di Malaysia, terdapat keperluan menjelaskan apakah dorongan syariah melalui perspektif maqasid syariah serta isu-isu syariah ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khairul Fatihin Saedal Atas,, Azlin Alisa Ahmad,, Mohammad Zaini Yahaya,, Amir Fazlim Jusoh @ Yusoff,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18250/1/JCIL-2021-62-Article-14.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18250/
http://www.ukm.my/jcil/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Terdapat cadangan bagi aplikasi modal teroka patuh syariah di dalam koperasi-koperasi di Malaysia. Oleh kerana aplikasi ini belum lagi ada di dalam amalan koperasi koperasi di Malaysia, terdapat keperluan menjelaskan apakah dorongan syariah melalui perspektif maqasid syariah serta isu-isu syariah yang berpotensi akan muncul. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan isu-isu syariah yang akan timbul apabila modal teroka Islam diaplikasikan oleh koperasi. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan penerokaan, di mana maklumat maklumat berkenaan pembolehubah pembolehubah yang berkait dengan aplikasi modal teroka dalam koperasi dikumpul dan dikenalpasti. Kajian ini akan menetilti risiko ketidak patuhan syariah dari sudut jalur masa sebelum, semasa dan selepas penawaran modal teroka. Risiko ini dinilai berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap potensi aplikasi modal teroka di dalam koperasi. Kajian ini akan menggunakan teknik analisis kandungan sama ada dari sumber primer dan sumber sekunder. Hasil kertas kerja ini menjelaskan dorongan syariah menurut perspektif maqasid syariah berkenaan aplikasi modal teroka Islam di dalam koperasi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat isu isu syariah pada aplikasi modal teroka di dalam koperasi sepanjang jalur masa pelaburan. Isu-isu syariah tersebut adalah berkenaan sumber dana modal teroka, penempatan dana, sumber utama koperasi primer, tanda aras patuh syariah koperasi primer, pemasaran, jalan keluar dalam konteks koperasi, zakat dan penyucian bahagian tidak halal. Oleh itu penglibatan penasihat syariah adalah satu keperluan seawal yang boleh. Implikasi kajian ini adalah ia dapat dijadikan sumber rujukan bagi aplikasi modal teroka Islam di dalam koperasi kelak. Kajian ini juga mencadangkan supaya dijalankan kajian kes terhadap modal teroka yang telah dijalankan di dalam masyarakat koperasi.