Konsep fesyen menurut syarak dan kaitan dengan tabarruj : satu tinjauan literatur

Sejarah pakaian dan fesyen telah bermula seiring dengan perkembangan tamadun manusia. Pakaian yang direka dengan pelbagai gaya yang pada asasnya untuk melindungi badan dari sebarang elemen yang mendatangkan ketidakselesaan kepada pemakainya seperti mengelakkan kesan panas dan sejuk, telah berubah da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Zanariah Husain,, Muhammad Adib Samsudin,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18248/1/JCIL-2021-62-Article-12.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18248/
http://www.ukm.my/jcil/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejarah pakaian dan fesyen telah bermula seiring dengan perkembangan tamadun manusia. Pakaian yang direka dengan pelbagai gaya yang pada asasnya untuk melindungi badan dari sebarang elemen yang mendatangkan ketidakselesaan kepada pemakainya seperti mengelakkan kesan panas dan sejuk, telah berubah dari semasa ke semasa. mengikut peredaran zaman. Islam tidak pernah menolak kepelbagaian dalam berfesyen dan akhirnya dikaitkan dengan tabarruj. Namun sebagai seorang muslimah, amalan dalam berfesyen hendaklah menurut garis panduan yang telah diberikan oleh Islam agar tidak mengamalkan konsep tabarruj. Artikel ini mengkaji konsep fesyen yang dibenarkan oleh Islam dan kaitan fesyen dengan tabarruj berdasarkan kajian lepas. Metode yang digunakan ialah melalui kajian kepustakaan. Ini kerana bahan yang diperolehi adalah melalui artikel dan bahan rujukan diperpustakaan sahaja. Hasil kajian di dapati beberapa garis panduan yang disebut sebagai tabarruj dalam berfesyen. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sedikit panduan dan rujukan dalam bidang berkaitan. Implikasi kajian artikel ini memberi garis panduan dalam berfesyen kepada Wanita Muslimah agar tidak tabarruj dalam berfesyen. Ini kerana Islam mengatur corak kehidupan manusia dalam setiap aspek baik dari ekonomi, politik mahupun sosial yang sudah pasti untuk kebaikan manusia.