Aplikasi qabd dalam hibah : pandangan fuqaha dan pengamalan dalam perundangan di Malaysia

Hibah merupakan salah satu amalan dalam merancang dan mengurus harta orang Islam. Amalan hibah yang diamalkan oleh masyarakat pada hari ini telah memperlihatkan satu perkembangan yang baik dalam usaha mengagihkan harta sebelum berlaku kematian. Namun, dalam memastikan amalan hibah selari dengan tunt...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Aini Abdullah,, Noor Lizza Mohamed Said,, Mohd Zamro Muda,, Nasrul Hisyam Nor Muhamad,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18238/1/JCIL-2021-62-Article-2.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18238/
http://www.ukm.my/jcil/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hibah merupakan salah satu amalan dalam merancang dan mengurus harta orang Islam. Amalan hibah yang diamalkan oleh masyarakat pada hari ini telah memperlihatkan satu perkembangan yang baik dalam usaha mengagihkan harta sebelum berlaku kematian. Namun, dalam memastikan amalan hibah selari dengan tuntutan syarak, terdapat beberapa rukun hibah yang perlu dipatuhi untuk memastikan akad hibah sah. Hal ini kerana terdapat satu elemen yang menjadi perselisihan dalam kalangan fuqaha iaitu kedudukan qabd dalam akad hibah. Kesan kepada perbezaan pandangan fuqaha terhadap kedudukan qabd telah menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat terhadap pelaksanaan qabd dalam amalan hibah. Penulis telah mengesan beberapa bentuk penerimaan hakim terhadap bentuk qabd melalui beberapa kes hibah yang telah dibicarakan di Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan pendapat fuqaha berkaitan kedudukan qabd dalam akad hibah serta hujah yang mendasari pandangan mereka. Kajian ini juga akan mengesan kedudukan pelaksanaan qabd dalam perundangan di Malaysia melalui kes-kes hibah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah. Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui kajian kepustakaan dan analisis data-data yang diperolehi. Kajian ini mendapati perbezaan pendapat di antara fuqaha berkenaan dengan kedudukan qabd dalam akad hibah telah memberi kesan terhadap amalan hibah dalam kalangan orang Islam di Malaysia.