Kawasan Rukun Tetangga : pemangkin perpaduan peringkat akar umbi masyarakat Malaysia

Isu menguruskan perbedaan sosial mengikut garis etnik masih kekal menjadi satu isu yang sensitif dan kritikal dalam masyarakat multietnik di Malaysia hari ini walaupun setelah tercapainya kemerdekaan lebih daripada enam dekad yang lalu. Signifikasi faktor etnik dalam kehidupan seharian menyebabkan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: How, Beh Sang, Hun, Pue Giok
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18116/1/44450-164889-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18116/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1418
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu menguruskan perbedaan sosial mengikut garis etnik masih kekal menjadi satu isu yang sensitif dan kritikal dalam masyarakat multietnik di Malaysia hari ini walaupun setelah tercapainya kemerdekaan lebih daripada enam dekad yang lalu. Signifikasi faktor etnik dalam kehidupan seharian menyebabkan kerajaan giat melakukan usaha-usaha proaktif untuk memupuk perpaduan yang dikatakan masih belum tercapai. Melalui penubuhan dan pelaksanaan program Rukun Tetangga, para sarjana umumnya bersetuju bahawa program tersebut memberi kesan positif ke atas pemupukan perpaduan di peringkat akar-umbi masyarakat. Namun, adakah konsensus ini turut relevan di peringkat kebangsaan? Artikel ini bertujuan untuk mengupas pengukuran tahap kesepaduan sosial penduduk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari setiap negeri dan Wilayah Persekutuan dengan menggunakan analisis deskriptif dan statistik inferensi ke atas data kuantitatif yang dikumpul menggunakan borang soal-selidik. Responden kajian adalah seramai 585 orang penduduk yang menetap di 60 buah KRT dari seluruh negara. Pendekatan purposive sampling digunakan untuk memastikan komposisi etnik responden kajian ini adalah selaras dengan komposisi etnik populasi Malaysia. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kesepaduan sosial yang dicapai adalah tinggi di mana penduduk daripada pelbagai latar belakang etnik dan agama telahpun berkongsi nilai hidup dan pandangan hidup yang sama. Pengukuran kesepaduan sosial daripada enam dimensi iaitu kekitaan, keterangkuman, penyertaan, pengiktirafan, legitimasi dan kesamarataan mendapati walaupun mereka mempunyai bentuk perhubungan yang merentasi batas etnik, signifikasi faktor etnik belum terhapus sepenuhnya dalam masyarakat Malaysia. Oleh itu, walaupun kesepaduan sosial dalam masyarakat adalah kuat biarpun dalam keadaan politik dan sosioekonomi masa kini yang tidak stabil, usaha proaktif untuk memperkukuhkan perpaduan masih diperlukan.