Kesedaran kesihatan mempengaruhi kadar penuaan di bandaraya Kuala Lumpur
Malaysia dijangka mendapat status negara tua pada tahun 2030. Penuaan penduduk berlaku apabila penambahan jangka hayat penduduk dan berlakunya penurunan kadar kesuburan. Peningkatan jumlah warga tua adalah hasil daripada perkembangan kemudahan kesihatan, kemajuan teknologi, kesedaran penduduk terhad...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18114/1/47681-164885-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/18114/ https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1418 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Malaysia dijangka mendapat status negara tua pada tahun 2030. Penuaan penduduk berlaku apabila penambahan jangka hayat penduduk dan berlakunya penurunan kadar kesuburan. Peningkatan jumlah warga tua adalah hasil daripada perkembangan kemudahan kesihatan, kemajuan teknologi, kesedaran penduduk terhadap kepentingan penjagaan kesihatan, peningkatan taraf pendidikan, dan pekerjaan. Artikel ini membincangkan tentang kesedaran kesihatan mempengaruhi kadar penuaan di Bandaraya Kuala Lumpur. Kajian ini memberi fokus tentang penggunaan kemudahan fasiliti awam kesihatan penduduk di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur. Kaedah kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini dan populasi kajian adalah warga tua yang berumur 60 tahun ke atas berdasarkan takrifan yang dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah persampelan bertujuan. Kriteria penerimaan sampel warga tua yang berumur 60 tahun ke atas, mampu memahami dan melengkapkan borang soal selidik. Analisis deskriptif iaitu peratus dan min telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan kemudahan awam, amalan kesihatan dan kesihatan umum merupakan keperluan utama bagi warga emas bandar dalam memastikan mereka dapat menjalani kehidupan seharian dengan baik. Oleh itu, kajian ini boleh dimanfaatkan oleh semua pihak bagi tujuan memperkasa pembangunan fasiliti awam mesra warga tua bandar. |
---|