Kecenderungan penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan secara dalam talian di Pulau Pinang

Kesesakan lalu lintas, ruangan letak kenderaan terhad, jadual kerja yang padat, dan perubahan gaya hidup dari kesan langsung proses perbandaran menyebabkan penduduk cenderung menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan (PPM) secara dalam talian. Walaupun PPM digunakan dengan meluas di Malaysia, ma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jannatul ‘Agilah Said,, Narimah Samat,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18113/1/44910-164883-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18113/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1418
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesesakan lalu lintas, ruangan letak kenderaan terhad, jadual kerja yang padat, dan perubahan gaya hidup dari kesan langsung proses perbandaran menyebabkan penduduk cenderung menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan (PPM) secara dalam talian. Walaupun PPM digunakan dengan meluas di Malaysia, masih tidak banyak kajian dijalankan dalam mengenal pasti faktor kecenderungan penduduk menggunakan perkhidmatan ini. Tujuan kertas kerja ini adalah mengenalpasti faktor kecenderungan penduduk mendapatkan makanan menggunakan PPM secara dalam talian dan mengkaji perubahan gaya hidup penduduk di bandar. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melibatkan 110 responden yang menetap di Pulau Pinang. Kajian ini juga memberikan perhatian kepada responden yang pernah menggunakan perkhidmatan ini. Hasil analisis menggunakan skor min mendapati empat faktor utama penentu kecenderungan penduduk terhadap PPM mendapatkan makanan iaitu lokasi, kualiti perkhidmatan yang ditawarkan, perubahan gaya hidup dan penularan pandemik COVID-19. Namun ruang tempat kereta yang terhad adalah menjadi sebab utama pemilihan PPM. Kajian juga mendapati responden cenderung memilih perkhidmatan Foodpanda kerana ianya mudah dan cepat. Hasil kajian dapat menyumbang kepada agensi PPM berkaitan dalam merangka dan merancang strategi dengan lebih menyeluruh bagi meningkatkan perkhidmatan PPM dalam kalangan penduduk bandar.