Pemberimilikan tanah : sebab pendorong kepada pertikaian dalam pembangunan tanah

Pemberimilikan tanah melalui beberapa kaedah penganugerahan pemilikan telah mencetuskan pertikaian pemilikan khusus dalam pembangunan tanah di beberapa daerah di negeri Sabah. Perasaan tidak puas hati pemilik tanah ini telah mencetuskan konflik dalam kalangan mereka dengan pihak agensi yang terlibat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azima A.M.,, Mohd Shafiq Akmal Kasimon,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18109/1/46056-164874-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18109/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1418
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemberimilikan tanah melalui beberapa kaedah penganugerahan pemilikan telah mencetuskan pertikaian pemilikan khusus dalam pembangunan tanah di beberapa daerah di negeri Sabah. Perasaan tidak puas hati pemilik tanah ini telah mencetuskan konflik dalam kalangan mereka dengan pihak agensi yang terlibat. Pelbagai penentangan terhadap usaha penganugerahan pemilikan tanah yang dijalankan didapati boleh menyebabkan usaha pembangunan tanah kawasan setempat akan terganggu. Keadaan ini disebabkan oleh kebimbangan masyarakat setempat terhadap keberadaan tanah natif masyarakat adat. Perasaan takut dan bimbang ini boleh mewujudkan halangan terhadap pembangunan tanah apabila ramai dalam kalangan pemilik tanah mula mempertikaian keperluan terhadap kaedah pemilikan yang ingin dijalankan oleh pihak agensi yang berkaitan. Sehubungan itu, adalah menjadi satu keperluan penelitian terhadap punca atau sebab yang mendorong kepada pertikaian yang berlaku antara pemilik tanah dengan pihak agensi yang berkaitan. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk merungkai punca yang menyebabkan bantahan pemilik tanah terhadap beberapa kaedah pemberimilikan tanah yang telah dilaksanakan dalam pembangunan tanah. Bagi membolehkan pengkaji memahami punca yang mendorong kepada berlakunya pertikaian dalam kalangan pemilik tanah, maka pendekatan institusi ekonomi telah digunapakai untuk merungkai sebab yang menyebabkan bantahan pemilik tanah. Temubual mendalam telah dilakukan dengan pemilik tanah di kawasan kajian. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pandangan mereka berhubung dengan sebab yang mendorong kepada pertikaian pemberimilikan tanah melalui kaedah geran komunal. Beberapa soalan terpandu telah digunakan bagi mendapatkan sebab mereka membantah penganugerahan milikan tanah secara geran komunal. Dapatan kajian menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorong pertikaian masyarakat setempat antaranya Akta Tanah Adat (NCR), peruntukan Geran Komunal dan sistem pengagihan tanah. Manakala bagi faktor informal pula merangkumi ketelusan pihak berkuasa, adat dan budaya yang menjadi penyebab kepada pertikaian pemilikan tanah NCR. Rumusannya antara sebab yang membawa kepada pertikaian tanah NCR adalah berkait dengan kebimbangan, kerisauan dan keraguan mereka terhadap keberadaan tanah tanah untuk generasi seterusnya.