Pandemik COVID-19 dan keganasan rumah tangga : suatu tinjauan semasa perintah kawalan pergerakan di Malaysia

Sejak pandemik COVID-19 menular aktif dalam negara, kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) terhadap seluruh masyarakat untuk mengawal penyebaran virus. Impak pelaksanaan PKP telah mewujudkan pelbagai krisis sosial terutama isu keganasan rumah tangga (KRT). Justeru, artikel ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Wafi Ramli,, Sharifah Rohayah Sheikh Dawood,, Sofia Haminah Mohd Som,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18108/1/45461-164871-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18108/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1418
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejak pandemik COVID-19 menular aktif dalam negara, kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) terhadap seluruh masyarakat untuk mengawal penyebaran virus. Impak pelaksanaan PKP telah mewujudkan pelbagai krisis sosial terutama isu keganasan rumah tangga (KRT). Justeru, artikel ini bertujuan untuk meninjau impak PKP terhadap isu KRT dari sudut faktor penyumbang dan peranan pihak pemegang taruh dalam menangani isu ini semasa PKP. Kajian ini melibatkan pengumpulan data sekunder dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa sepanjang tempoh PKP, terdapat enam faktor penyumbang kes KRT, iaitu kekangan ruang persekitaran, pengaruh dadah dan alkohol, kebergantungan pada pasangan, ketiadaan sistem sokongan yang kukuh, konflik dalaman individu dan tiada ilmu tentang KRT. Terdapat beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cakna menjalankan tanggungjawab mereka membantu dari segi kewangan, kempen, kaunseling dan perlindungan berhubung isu ini semasa PKP. Kajian ini dirujuk penting dalam memberi gambaran berkenaan isu KRT yang berlaku semasa PKP khususnya di Malaysia dan diharapkan agar pihak pemegang taruh dapat merangka strategi yang holistik bagi menangani isu KRT yang semakin kritikal di negara ini.