Perlombongan dasar laut dalam dan kesannya terhadap persekitaran marin

Industri perlombongan mineral telah berkembang dengan pesat dan berlakunya peningkatan permintaan terhadap sumber ini. Terdapatnya keperluan untuk mencari sumber mineral baru terutamanya dari laut dalam bagi menggantikan sumber mineral berasaskan tanah yang semakin berkurang. Mineral laut dalam memp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Siti Adibah Wan Dahalan,, Norfatin Azera Norhisham,, Intan Nadia Ghulam Khan,, Salawati Mat Basir,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18091/1/41307-171904-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18091/
https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1439
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Industri perlombongan mineral telah berkembang dengan pesat dan berlakunya peningkatan permintaan terhadap sumber ini. Terdapatnya keperluan untuk mencari sumber mineral baru terutamanya dari laut dalam bagi menggantikan sumber mineral berasaskan tanah yang semakin berkurang. Mineral laut dalam mempunyai kepekatan logam yang tinggi berbanding dengan mineral berasaskan tanah. Sehingga kini, terdapat banyak negara yang mula menerokai dan mengeksploitasi sumber mineral daripada aktiviti perlombongan dasar laut dalam. Sepertimana perlombongan berasaskan tanah, persekitaran laut turut menerima kesannya seperti kemusnahan alam sekitar disebabkan aktiviti perlombongan dasar laut dalam. Terdapatnya keperluan untuk menyemak semula undang-undang yang sedia ada bagi memulihara persekitaran laut daripada menerima kesan daripada aktiviti perlombongan dasar laut dalam. Malaysia sebagai salah satu negara di bawah Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa 1982 (KUULA 1982) perlu untuk memulakan penerokaan perlombongan dasar laut dalam untuk memperoleh faedah dari segi ekonomi dan teknologi. Malaysia masih tidak mempunyai satu set undang-undang, dasar dan peraturan yang seiring dengan peruntukan konvensyen tersebut bagi mentadbir aktiviti perlombongan dasar laut dalam termasuk perlindungan terhadap persekitaran laut. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ketersediaan negara Malaysia untuk terlibat dalam perlombongan dasar laut dalam dan mengkaji kesan aktitiviti ini terhadap alam sekitar.