Aliran titik genangan MHD dan pemindahan haba terhadap permukaan telap meregang/mengecut dalam nanobendalir hibrid

Aliran mantap dan pemindahan haba dua matra terhadap titik genangan pada permukaan telap yang meregang/mengecut dalam nanobendalir hibrid dengan kesan medan magnet dikaji. Persamaan menakluk bagi masalah tersebut dijelmakan kepada satu set persamaan keserupaan dengan menggunakan penjelmaan keserupaa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Iskandar Waini,, Anuar Ishak,, Pop, Ioan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18074/1/25.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18074/
https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil9_2021/KandunganJilid50Bil9_2021.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aliran mantap dan pemindahan haba dua matra terhadap titik genangan pada permukaan telap yang meregang/mengecut dalam nanobendalir hibrid dengan kesan medan magnet dikaji. Persamaan menakluk bagi masalah tersebut dijelmakan kepada satu set persamaan keserupaan dengan menggunakan penjelmaan keserupaan. Persamaan keserupaan yang terhasil kemudiannya diselesaikan secara berangka menggunakan penyelesai masalah nilai sempadan (bvp4c) dalam perisian Matlab. Kesan beberapa parameter terhadap pekali geseran kulit dan nombor Nusselt setempat serta profil halaju dan suhu dibentangkan dan dibincangkan. Keputusan berangka menunjukkan bahawa penyelesaian dual wujud bagi julat tertentu parameter regangan/kecutan dan fluks jisim. Didapati juga bahawa kadar pemindahan haba meningkat dengan peningkatan pecahan isi padu nanozarah tembaga (Cu) dan parameter fluks jisim. Analisis kestabilan dilakukan untuk menentukan kestabilan penyelesaian dual dalam jangka masa panjang dan keputusan menunjukkan bahawa hanya satu daripada penyelesaian tersebut yang stabil manakala yang lain adalah tidak stabil.