Peranan Sheikh Abdullah Fahim dalam pendidikan dan politik masyarakat Melayu

Artikel ini membincangkan peranan Sheikh Abdullah Fahim dalam pendidikan bangsa Melayu dan semangat cintakan tanah air pada sekitar tahun 1916-1957. Sheikh Abdullah Fahim merupakan seorang ulama yang telah memainkan peranan penting dalam memberi nafas baru pada sistem pengajian pondok dan madrasah....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ermy Azziaty Rozali,, Ameer Yuwsuef Khan Zubair Khan,, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18032/1/53219-175154-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18032/
https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1445
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membincangkan peranan Sheikh Abdullah Fahim dalam pendidikan bangsa Melayu dan semangat cintakan tanah air pada sekitar tahun 1916-1957. Sheikh Abdullah Fahim merupakan seorang ulama yang telah memainkan peranan penting dalam memberi nafas baru pada sistem pengajian pondok dan madrasah. Beliau juga mempunyai kepakaran dalam ilmu falak serta mempunyai pemikiran politik yang tersendiri. Usaha menentang penjajah di Tanah Melayu yang ditonjolkan beliau berakar umbi daripada mesej kemerdekaan yang dibawa oleh Islam. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis peranan Sheikh Abdullah Fahim dalam memupuk semangat kebangsaan dan politik dalam kalangan masyarakat Melayu. Metode kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data dengan menganalisis maklumat daripada sumber rujukan yang berkaitan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa peranan Sheikh Abdullah Fahim dalam memupuk semangat kebangsaan dapat dilihat melalui usaha-usaha beliau mendidik anak bangsa dan penglibatan beliau dalam politik sebelum kemerdekaan. Beliau juga menenekankan kepentingan bangsa Melayu untuk bersatu sebagai sebuah entiti yang digeruni serta memperlihatkan sifat kepimpinan mengikut garis panduan Islam.