Pemindahan ilmu dan maklumat dalam persuratan Melayu daripada dunia Parsi

Kewujudan batu nisan di Meunasah Manchang atau Meunasah Pi (Sumatera) yang tertera tulisan Parsi beserta tarikh kematian pada Syawal 823H (Oktober/November 1420 M) merupakan bukti awal hubungan masyarakat Melayu dengan dunia Parsi. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan pemindahan ilmu dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Bukhari Lubis,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18029/1/53074-174647-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/18029/
https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1445
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kewujudan batu nisan di Meunasah Manchang atau Meunasah Pi (Sumatera) yang tertera tulisan Parsi beserta tarikh kematian pada Syawal 823H (Oktober/November 1420 M) merupakan bukti awal hubungan masyarakat Melayu dengan dunia Parsi. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan pemindahan ilmu dan maklumat dalam persuratan Melayu daripada dunia Parsi. Perbincangan bermula dengan ciri-ciri perpindahan bahasa Parsi ke dalam bahasa Melayu dan seterusnya khusus dari sudut sastera. Diskusi aspek sastera dibahagikan kepada sastera aspek kepahlawanan, sastera sejarah, karya-karya hagiografi dan keagamaan, cerita berbingkai dan cerita ‘pedoman buat raja’. Kesimpulannya, untuk dua abad Hijrah yang pertama, jika diteliti sungguh-sungguh kebanyakan (sekurang-kurangnya 80%) perkembangan ilmu dalam tamadun Islam disumbangkan oleh sarjana/ulama Parsi. Apatah lagi mereka ini terkenal dengan gelaran penghormatan: Ashab al-Lisanayn (pemilik dua bahasa [Parsi & Arab]). Oleh itu diharapkan lebih ramai lagi sarjana kita menggali apa saja warisan keilmuan kita yang berkaitan dengan perbendaharaan ilmu dalam bahasa Parsi ini (khususnya karya yg terbit sebelum Iran bermazhab Syiah Imamiyah atau Ithna ‘Ashariyah yg bermula apabila terasasnya dinasti Safawi pd tahun 1601M).