Kefungsian sosial keluarga berpoligami

Amalan poligami memberikan impak yang besar terhadap institusi rumah tangga, terutamanya dari segi kefungsian dan kestabilan ahli keluarga untuk bertahan dalam kehidupan berpoligami. Justeru, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti kefungsian keluarga poligami dari segi penerimaan masyarakat dan hu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Ajib Abd Razak,, Intan Hashimah Mohd Hashim,, Syazwani Drani,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17999/1/50411-164286-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17999/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1416
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Amalan poligami memberikan impak yang besar terhadap institusi rumah tangga, terutamanya dari segi kefungsian dan kestabilan ahli keluarga untuk bertahan dalam kehidupan berpoligami. Justeru, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti kefungsian keluarga poligami dari segi penerimaan masyarakat dan hubungan sosial terhadap amalan poligami. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual mendalam. Instrumen kajian seperti panduan soalan temu bual, pita rakaman suara, buku catatan dan penyelidik sebagai instrumen telah digunakan dalam kajian ini. Persampelan bertujuan telah digunakan dan sebanyak enam buah keluarga telah ditemu bual dengan 21 responden yang terdiri daripada enam suami, lima isteri pertama, lima isteri kedua, isteri ketiga dan keempat, serta tiga orang anak. Hasil temu bual telah ditranskrip dan dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil kajian mendapati, terdapat enam bentuk penerimaan masyarakat dan hubungan sosial yang dialami oleh ahli keluarga poligami iaitu, daripada perspektif suami, masyarakat bersikap positif dan negatif, dan mendapat stigma daripada masyarakat, manakala, bagi perspektif para isteri, masyarakat memberikan belas ehsan dan memberi hasutan negatif. Manakala, bagi perspektif anak-anak, stigma rakan sekeliling berbentuk negatif dan positif. Hasil dapatan ini dapat memberikan gambaran realiti sebenar penerimaan masyarakat terhadap kehidupan berpoligami. Pelbagai inisiatif dalam pembangunan sahsiah masyarakat terhadap institusi kekeluargaan poligami perlu dilakukan bagi membantu meningkatkan lagi kesejahteraan kefungsian psikologikal yang positif dalam institusi keluarga poligami.