Program pemulihan luar penjara bagi pesalah jenayah Syariah : kajian di Jabatan Penjara Malaysia

Penjara pada masa kini sebenarnya bukan sahaja menjadi tempat untuk menghukum mereka yang melakukan kesalahan, namun lebih menjurus sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk memulih, memimpin dan mendidik pesalah agar menjadi individu yang berdisiplin dan bertanggungjawab setelah mereka kembali...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hasnizam Hashim,, Hendun Abd. Rahman Shah,, Ahmad Syukran Baharuddin,, Mualimin Mochammad Sahid,, Syaryanti Hussin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17989/1/48472-157276-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17989/
https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1398
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penjara pada masa kini sebenarnya bukan sahaja menjadi tempat untuk menghukum mereka yang melakukan kesalahan, namun lebih menjurus sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk memulih, memimpin dan mendidik pesalah agar menjadi individu yang berdisiplin dan bertanggungjawab setelah mereka kembali ke pangkuan masyarakat. Dalam konteks Malaysia, agenda pemulihan pesalah jenayah termasuk pesalah jenayah syariah adalah merupakan agenda utama kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Malaysia melalui Pelan Hala Tuju Transformasi telah memberi penekanan terhadap kepentingan memperbaiki program pemulihan tidak hanya di dalam penjara bahkan turut melaksanakan pelbagai program pemulihan di luar penjara dalam usaha mempersiapkan pesalah jenayah agar dapat kembali semula ke pangkuan masyarakat apabila mereka dibebaskan sepenuhnya. Penulisan yang menggunakan pendekatan kualitatif ini akan menjelaskan mengenai program pemulihan di luar penjara yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia ke atas pesalah jenayah syariah yang menjalani hukuman penjara. Penulisan dibuat dengan merujuk kepada dokumen berkaitan modul pemulihan serta temu bual pakar. Penulisan ini penting bagi mengetengahkan pengalaman Jabatan Penjara Malaysia dalam membangun dan melaksanakan modul pemulihan bagi pesalah jenayah di luar penjara. Kajian mendapati bahawa pembangunan modul pemulihan bagi pesalah jenayah syariah yang menjalani program pemulihan di luar penjara adalah seimbang dengan mengambil kira aspek pemulihan fizikal, mental, sikap, akhlak dan rohani. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program pemulihan di luar penjara bagi pesalah Syariah ini sebenarnya perlu dilihat dan dikaji semula dari segi kerelevanannya.