Peranan wakaf dalam pembangunan sosioekonomi : analisis ke atas projek Bazar Wakaf Rakyat terpilih

Artikel ini menerangkan mengenai projek Bazar Wakaf Rakyat (BWR) yang merupakan salah satu projek pembangunan wakaf di bawah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). Tujuan projek BWR adalah untuk membangunkan aset wakaf berupa tanah di samping, menjana pendapatan daripada aset wakaf. Pembangunan projek BWR di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Farhana Mohamad Suhaimi,, Asmak Ab Rahman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17987/1/48470-157274-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17987/
https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1398
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini menerangkan mengenai projek Bazar Wakaf Rakyat (BWR) yang merupakan salah satu projek pembangunan wakaf di bawah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). Tujuan projek BWR adalah untuk membangunkan aset wakaf berupa tanah di samping, menjana pendapatan daripada aset wakaf. Pembangunan projek BWR di kawasan masjid bertujuan membangunkan sosioekonomi masyarakat setempat. Kajian yang berbentuk kualitatif ini mengguna pakai maklumat dari temu bual sebagai sumber primer dan dokumen-dokumen relevan sebagai sumber sekunder. Ianya melibatkan suatu kajian yang dilakukan ke atas lima buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor dan Kelantan. Kajian ini mensasarkan 3 objektif. Pertama, ianya mengkaji prinsip dan pelaksanaan projek BWR di bawah Yayasan Wakaf Malaysia. Kedua, ianya mengenalpasti impak pelaksanaan projek BWR tersebut ke atas ekonomi masyarakat setempat. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati projek BWR ada menyumbang kepada aspek ekonomi masyarakat setempat dalam 3 bentuk. Pertama, projek BWR berjaya memanfaatkan sumber tanah secara optimum. Ianya turut menggalakkan aktiviti ekonomi masyarakat, menjana hasil serta mewujudkan peluang pekerjaan. Projek BWR juga dilihat telah memberi kebaikan kepada masyarakat setempat apabila hasil pendapatan yang diperoleh oleh pihak pengurusan masjid digunakan semula untuk kepentingan awam antaranya untuk penyelenggaraan masjid dan penganjuran aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan untuk kemaslahatan awam dan negara.