Kepelbagaian medium penyampaian dakwah Abdul Hadi Awang semasa pandemik

Pandemik COVID 19 yang melanda seluruh dunia telah menjejaskan pelbagai sektor dan bidang termasuk bidang dakwah. Ketika pandemik COVID 19 berlaku, hampir semua aktiviti terpaksa dihentikan termasuk dakwah secara bersemuka. Dakwah adalah tanggungjawab setiap muslim mukallaf dan merupakan sebahagian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syamimi Amira Shamsul Baharin,, Najah Nadiah Amran,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17968/1/172-334-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17968/
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/14
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pandemik COVID 19 yang melanda seluruh dunia telah menjejaskan pelbagai sektor dan bidang termasuk bidang dakwah. Ketika pandemik COVID 19 berlaku, hampir semua aktiviti terpaksa dihentikan termasuk dakwah secara bersemuka. Dakwah adalah tanggungjawab setiap muslim mukallaf dan merupakan sebahagian daripada Islam. Ianya perlu dilakukan mengikut kesesuaian keadaan, sasaran dakwah, pendekatan dakwah dan sebagainya. Oleh sebab itu, walaupun berlakunya pandemik COVID-19, dakwah masih perlu dilakukan. Namun, pendekatan yang sesuai perlu digunakan untuk menyesuaikan dengan keadaan pandemik yang berlaku. Kertas kerja ini membincangkan transformasi dakwah ketika pandemik COVID-19 salah seorang tokoh ulama, pemimpin dan pendakwah yang terkemuka iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Kajian dilakukan berbentuk analisis dokumen dan pemerhatian bagi mengumpul data utama dan kaedah analisis data dilakukan secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan berlaku transformasi pada pendekatan dakwah beliau kerana dakwah secara atas talian di media sosial telah digunakan secara menyeluruh oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di era pandemik COVID-19. Beliau menggunakan pendekatan dakwah melalui internet iaitu dengan menggunakan media sosial sebagai medium utamanya dalam melaksanakan dakwah tanpa sempadan. Media sosial yang digunakan khususnya adalah di aplikasi YouTube, Facebook, Instagram, Telegram dan Twitter.