Pengaruh faktor teknostres terhadap kejayaan sistem maklumat

Sistem maklumat (SM) adalah salah satu faktor yang menjadi pemangkin kejayaan sesebuah organisasi. Selain membantu dalam proses penghantaran, sistem ini juga dapat mempengaruhi sifat pengguna yang seterusnya mempengaruhi tahap penyampaian organisasi. Teori Komunikasi Matematik menyatakan bahawa dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fahusli Ali,, Kamsuriah Ahmad,, Ayyash, Mohannad Moufeed
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17960/1/08.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17960/
https://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem maklumat (SM) adalah salah satu faktor yang menjadi pemangkin kejayaan sesebuah organisasi. Selain membantu dalam proses penghantaran, sistem ini juga dapat mempengaruhi sifat pengguna yang seterusnya mempengaruhi tahap penyampaian organisasi. Teori Komunikasi Matematik menyatakan bahawa dalam proses penyampaian maklumat, terdapat gangguan yang mengganggu proses komunikasi dan salah satunya adalah gangguan psikologi. Gangguan psikologi yang berkaitan dengan teknologi, iaitu teknostres dilihat sangat sinonim dan boleh mempengaruhi tingkah laku pengguna sistem. Secara tidak langsung, ia juga dapat mempengaruhi tahap produktiviti dan kualiti penyampaian organisasi. Ironinya, kajian yang melihat kepada isu ini amat kurang, maka menjadi motivasi kertas kerja ini untuk mencadangkan faktor teknostres dan hubungannya dalam kejayaan sistem maklumat. Maka, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji faktor teknostres dan kesannya terhadap kejayaan sistem. Kajian ini dijalankan dengan mengguna pendekatan kuantitatif di mana soal selidik diguna sebagai media pengumpulan data. Hasil kajian ini membuktikan bahawa dimensi pengaruh psikologi (teknostres) yang diperkenalkan sebagai dimensi baru memberi kesan yang signifikan terhadap kejayaan sistem maklumat. Sumbangan penting dalam kajian ini adalah gabungan dua bidang kajian, iaitu bidang sistem maklumat dan bidang psikologi dalam menghasilkan model kejayaan sistem maklumat yang mampu mengukur kejayaan sistem maklumat dengan lebih komprehensif.