Analisis gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Cina di universiti swasta dalam subjek bahasa kebangsaan A berdasarkan model Grasha-Riechmann yang diperluas

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan bagi subjek Bahasa Kebangsaan A berdasarkan gaya pembelajaran Grasha-Riechmann (1996) yang diperluas di Universiti Swasta. Kajian kuantitatif ini dijalankan berdasarkan gaya pembelajaran pelajar diperluas yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jaya Mathy Subramaniam,, Zulkifli Osman,, Anida Sarudin,, Husna Faredza Mohamed Redzwan,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17919/1/272-525-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17919/
https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/81
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan bagi subjek Bahasa Kebangsaan A berdasarkan gaya pembelajaran Grasha-Riechmann (1996) yang diperluas di Universiti Swasta. Kajian kuantitatif ini dijalankan berdasarkan gaya pembelajaran pelajar diperluas yang menglibatkan lapan jenis elemen gaya pembelajaran, iaitu gaya pembelajaran berdikari, penghindaran, bekerjasama, bergantung, persaingan, penyertaan, pengalaman dan pemerhatian. Seramai 242 orang pelajar berbangsa Cina yang mengikuti kursus Bahasa Kebangsaan A di IPTS dilibatkan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan borang soal selidik bagi memperoleh data daripada responden. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25 untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran paling dominan diamalkan oleh pelajar dalam proses pembelajaran Bahasa Kebangsaan A ialah gaya pembelajaran bekerjasama, diikuti oleh berdikari, penyertaan, bergantung, pemerhatian, pengalaman, persaingan dan yang paling terendah sekali ialah penghindaran. Hasil kajian mengikut jantina pula mendapati bahawa gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan dalam kalangan pelajar lelaki adalah gaya pembelajaran bekerjasama (M=3.753, SP=0.55564) manakala gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan dalam kalangan pelajar perempuan adalah gaya pembelajaran penyertaan (M=3.6887, SP=0.47636). Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pensyarah perlu memberi penekanan terhadap gaya pembelajaran bekerjasama dalam kalangan pelajar kerana gaya ini merupakan gaya pembelajaran yang paling dominan dalam kalangan pelajar IPTS ketika mempelajari Bahasa Kebangsaan A.