Syair Diraja Melayu Perak-Johor era kontemporari : satu perbandingan kepengarangan

Abad ke-16 hingga penghujung abad ke-19, penceritaan dan pujian terhadap sultan menjadi idea kepengarangan. Penceritaan dan pujian ini disampaikan dengan menjadikan syair sebagai wadahnya. Syair terakhir yang merakamkan sejarah golongan Diraja ini ialah Syair Riwayat Yang Amat Mulia Tengku Ampuan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosnani Ibrahim,, Muammar Ghaddafi Hanafiah,, Shaifu Bahri Md. Radzi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17884/1/52307-171722-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17884/
https://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1438
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Abad ke-16 hingga penghujung abad ke-19, penceritaan dan pujian terhadap sultan menjadi idea kepengarangan. Penceritaan dan pujian ini disampaikan dengan menjadikan syair sebagai wadahnya. Syair terakhir yang merakamkan sejarah golongan Diraja ini ialah Syair Riwayat Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang (1953). Walau bagaimanapun, kepengarangan sedemikian kurang digunakan apabila berkembangnya sastera moden. Kuasa Barat membawa kepelbagaian bentuk dan genre baharu dalam pengkaryaan. Setelah 56 tahun berlalu, muncul dua karya, Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009), Mohd Ibrahim bin Said dan Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018) oleh Maskiah binti Masrom pada era kontemporari ini. Raja dan sultan menjadi objek penceritaan dalam kedua-dua karya ini. Persoalannya, apakah skop atau kriteria yang menjadi idea kepengarangan mereka? Skop atau kriteria yang menjadi idea kepengarangan yang digunakan kedua-dua penulis dalam mempersembahkan penceritaan berhubung raja-raja mereka. Kedua-dua teks syair DiRaja ini dijadikan sampel kajian. Kaedah kaji banding diaplikasi untuk meneliti kepengarangan mereka dalam mempersembah idea rakaman sejarah DiRaja pada era kontemporari. Kaedah kajian secara intrinsik terhadap sampel kajian juga turut digunakan. Dapatan kajian menemukan biografi raja menjadi skop atau kriteria yang menjadi idea kepengarangan kedua-dua penulis dalam menjulang dan memartabatkan rajanya.