Ramalan pelemahan hujan di Malaysia menggunakan data TRMM

Hujan dilihat sebagai penyebab utama yang menyumbang kepada kemerosotan isyarat gelombang elektromagnetik bagi frekuensi melebihi 10GHz melalui proses resapan, dan penyelerakkan sehingga mengakibatkan isyarat menjadi lemah atau pudar. Perkhidmatan penyiaran satelit yang menggunakan frekuensi jalur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Hidayah Tauhid Ahmad,, Asnor Nadirah Ishak,, Mandeep Singh Jit Singh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17814/1/17.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17814/
https://www.ukm.my/jkukm/volume-332-2021/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hujan dilihat sebagai penyebab utama yang menyumbang kepada kemerosotan isyarat gelombang elektromagnetik bagi frekuensi melebihi 10GHz melalui proses resapan, dan penyelerakkan sehingga mengakibatkan isyarat menjadi lemah atau pudar. Perkhidmatan penyiaran satelit yang menggunakan frekuensi jalur Ku (12GHz hingga 18GHz) digunakan secara meluas telah menyebabkan kesesakan, maka jalur Ka digunakan untuk memenuhi permintaan pengguna. Namun, kesan pelemahan hujan terhadap jalur Ka adalah lebih tinggi berbanding jalur Ku. Dalam kajian ini, kesan pelemahan hujan bagi isyarat laluan menurun jalur Ka satelit Measat-5 dianalisis bagi melihat kesan pelemahan hujan dengan menggunakan data TRMM 3B42 untuk tempoh sebelas (11) tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2019 bagi empat belas (14) kawasan kajian. Data yang diperolehi seterusnya diproses bagi mendapatkan data hujan berintegrasi 1 minit menggunakan Model Segal bagi setiap kawasan kajian dan ramalan pelemahan hujan dilaksanakan menggunakan model dari ITU-R P.618-13. Hasil kajian ini merumuskan tiga (3) faktor utama yang mempengaruhi nilai pelemahan hujan iaitu nilai pelemahan spesifik, altitud kedudukan stesen penerima dan sudut dongak antena penerima isyarat satelit. Kesan pelemahan hujan terhadap tahap kebolehsediaan isyarat menunjukkan lapan (8) kawasan kajian adalah boleh menerima 99.90% kebolehsediaan isyarat, manakala selebihnya hanya boleh menerima 99.00% kebolehsediaan isyarat perkhidmatan bagi memenuhi keperluan ketidak bolehsediaan ITU. Secara keseluruhannya, nilai pelemahan hujan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia adalah lebih kecil berbanding Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan nilai pelemahan hujan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia adalah menghampiri nilai pelemahan hujan di Sabah dan Sarawak.