Kajian pelaksanaan protokol DMM PMIPv6 di dalam persekitaran rangkaian dwi-tindanan

Pengurusan mobiliti pada masa kini memainkan peranan yang kritikal terhadap penyampaian perkhidmatan yang lancar dan berkualiti kepada jutaan pengguna di seluruh dunia dan bersifat telus daripada penglibatan pengguna. Keadaan pelaksanaan dan pengenalan transisi semasa tidak begitu memfokuskan pelaks...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Farouk Abd. Jalin,, Nor Effendy Othman,, Rosilah Hassan,, Abdul Hadi Abd Rahman,, Dahlila Putri Dahnil Sikumbang,, Khairul Azmi Abu Bakar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17753/1/03.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17753/
https://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengurusan mobiliti pada masa kini memainkan peranan yang kritikal terhadap penyampaian perkhidmatan yang lancar dan berkualiti kepada jutaan pengguna di seluruh dunia dan bersifat telus daripada penglibatan pengguna. Keadaan pelaksanaan dan pengenalan transisi semasa tidak begitu memfokuskan pelaksanaan senario mobiliti komunikasi protokol IPv4 ke atas rangkaian berasaskan protokol IPv6. Peningkatan trend terhadap akses secara mudah alih memacu pembangunan pengurusan mobiliti di dalam persekitaran rangkaian dwi-tindanan. Pelaksanaan mobiliti IP membolehkan pengguna akses mudah alih berupaya bergerak dari satu rangkaian ke rangkaian yang lain tanpa menyebabkan gangguan rangkaian yang signifikan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan mobiliti dwi-tindanan sedia ada tidak menyediakan platform yang efisien bagi mengendalikan senario penyerahan yang menyebabkan kualiti akses tidak berada pada tahap optimum. Kajian ini membentangkan pelaksanaan protokol Pengurusan Mobiliti Teragih IPv6 Mobil Proksi (DMM PMIPv6) pada persekitaran rangkaian dwi-tindanan. Protokol ini dibangunkan berdasarkan konsep rangkaian rata di mana penunjuk mobiliti diletakkan berdekatan pengguna atau nod mobil. Agihan satah kawalan dan data infrastruktur di antara entiti yang terletak di pinggir rangkaian akses secara asasnya mengurangkan bebanan pada proses pengisyaratan. Ini seterusnya berupaya meningkatkan prestasi penyerahan. Sehubungan itu kajian ini mengambil inisiatif terhadap seni bina protokol sedia ada bagi pelaksanaan di dalam senario mobiliti dwi-tindanan. Kajian ini mencadangkan pelaksanaan mobiliti dwi-tindanan berasaskan protokol DMM PMIPv6 melalui senario Sokongan Mobiliti Alamat Perumah IPv4 yang membenarkan nod mobil yang berkeupayaan IPv4 dan dwi-tindanan berkomunikasi di dalam rangkaian yang berasaskan IPv6, bagi menyediakan platform pelaksanaan penyerahan yang lebih baik berbanding pelaksanaan kajian sebelum ini. Pengujian protokol DMM PMIPv6 Dwi-Tindanan dilaksanakan menggunakan mekanisme pengujian tapak uji bagi menyiasat kadar prestasi penyerahan. Hasil kajian menunjukkan mekanisme tersebut memberi keputusan prestasi penyerahan yang lebih baik berbanding pelaksanaan kaedah berasaskan PMIPv6 Dwi-Tindanan yang telah dilaksanakan pada kajian yang lalu seterusnya menyediakan platform komunikasi yang lancar kepada pengguna.