Pembangunan bandar warisan lestari : sorotan empirikal mengunakan kaedah sorotan literatur bersistematik (systematic literature review (SLR))

Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti tren dan ruang kosong dalam kajian pembangunan bandar warisan lestari dengan menggunakan kaedah SLR. Data yang diperolehi melalui pelbagai kaedah pencarian seperti (1) pencarian yang menyeluruh daripada pengkalan data jurnal utama yang terkemuka iaitu Scopus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Khairul Anuar Ghazali,, Yazid Saleh,, Hanifah Mahat,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17742/1/49494-160744-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17742/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1411
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti tren dan ruang kosong dalam kajian pembangunan bandar warisan lestari dengan menggunakan kaedah SLR. Data yang diperolehi melalui pelbagai kaedah pencarian seperti (1) pencarian yang menyeluruh daripada pengkalan data jurnal utama yang terkemuka iaitu Scopus, Web of Science (WOS), Science Direct dan pengkalan data jurnal sampingan Google Scholar serta My Cite, dan (2) handpicking atau secara manual. Setelah data diperolehi, ia dianalisis melalui proses Systematic Searching Strategies (SSS) digunakan untuk mendapatkan bahan yang tepat dan jitu dengan bidang yang dikaji. Bahan yang diperolehi disaring dengan tiga (3) langkah SSS iaitu (1) identifikasi, (2) saringan dan (3) pengesahan kelayakan. Hasil daripada itu sejumlah 42 bahan berjaya ditemui dan diringkaskan bagi tujuan sorotan. Analisis dilakukan dengan berfokuskan kepada (1) tren penerbitan, (2) tahun diterbitkan, (3) negara tempat kajian dilakukan dan (4) jenis kawasan kajian yang digunakan dalam jangka masa lima (5) tahun kebelakangan ini. Hasil sorotan empirikal menggunakan kaedah ini membolehkan penyelidik meneroka ruang kosong yang ditinggalkan oleh pengkaji lepas berkaitan dengan pembangunan bandar warisan lestari secara menyeluruh dan sistematik.