Program pementoran STEM di kalangan pelajar prasiswazah bagi pertandingan robotik MakeX

Pertandingan robotik MakeX adalah salah satu pertandingan robotik terbesar di Malaysia, yang melibatkan peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Penganjuran pertandingan ini adalah unik berbanding dengan pengajuran pertandingan robotik lain, di mana, peserta yang bakal bertanding d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Seri Mastura Mustaza,, Iskandar Yahya,, Mohd Faisal Ibrahim,, Arif Haikal Ahmad Hassan Ayoppan,, Noorfazila Kamal,, Mohd Hadri Hafiz Mokhtar,, Nasharuddin Zainal,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17688/1/47930-166722-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17688/
https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1412
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pertandingan robotik MakeX adalah salah satu pertandingan robotik terbesar di Malaysia, yang melibatkan peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Penganjuran pertandingan ini adalah unik berbanding dengan pengajuran pertandingan robotik lain, di mana, peserta yang bakal bertanding diberi latihan dan bengkel mengenai asas pemasangan dan pengatucaraan robot serta strategi dalam menyelesaikan tugasan pertandingan. Crystal UKM, selaku pengajur bersama pertandingan ini diberi tanggungjawap untuk menyediakan latihan kepada peserta-peserta pertandingan yang terdiri daripada pelajar sekolah berusia seawal 7 tahun hingga 17 tahun. Dalam menyediakan modul berkesan kepada peserta yang bertanding pada tahun ini, pihak Crystal UKM telah mengolah satu program pementoran yang unik melibatkan pelajar-pelajar prasiswazah tahun dua dan tiga, dari program Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Pelajar-pelajar prasiswazah ini disamping bertanggungjawap memberi latihan teknikal, mereka juga berperanan untuk memaksimumkan potensi dan mengembangkan kemahiran peserta, bagi meningkatkan prestasi peserta disamping meningkatkan daya saing dikalangan peserta. Kertas kerja ini memberi tumpuan kepadaperanan dan perspektif pelajar-pelajar sebagai mentor kepada peserta pertandingan, serta mengkaji keberkesanan program pementoran ini dalam meningkatkan kemahiran insaniah pelajar yang terlibat sebagai mentor. Kejayaan pasukan Malaysia merangkul pingat emas dalam pertandingan robotic MakeX peringkat antarabangsa, di Guangzhou, China baru-baru ini, dan pencapaian membanggakan 2 lagi pasukan yang tergolong dalam 20 pasukan teratas, membuktikan keberkesanan program pementoran yang dijalankan.