Penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional

Perubatan tradisional merupakan suatu warisan masyarakat zaman lampau yang diwarisi daripada leluhur untuk kesejahteraan masyarakat. Masyarakat Melayu turut mempunyai pelbagai kaedah rawatan dan bahan perubatan tradisional yang tersendiri. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan penggunaan tawas dal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhd Norizam Jamian,, Izzah Safiah Raihana Mohd Ghazali,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17643/1/47071-156797-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17643/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perubatan tradisional merupakan suatu warisan masyarakat zaman lampau yang diwarisi daripada leluhur untuk kesejahteraan masyarakat. Masyarakat Melayu turut mempunyai pelbagai kaedah rawatan dan bahan perubatan tradisional yang tersendiri. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional sebagai salah satu rawatan penyembuhan daripada penyakit. Kajian ini berlandaskan tiga objektif utama iaitu mengkaji amalan penggunaan tawas dalam perubatan Melayu tradisional sebagai salah satu rawatan penyembuhan, menganalisis proses ritual penggunaan tawas dalam proses perubatan dan mengenal pasti fungsi tawas dalam perubatan Melayu tradisional. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk memperoleh maklumat tentang perubatan Melayu tradisional dan kaedah etnografi menerusi kajian lapangan di Kampung Pulau Penarik, Sungai Mati, Ledang, Johor dengan menemu bual pengamal perubatan tradisional yang menggunakan tawas. Kaedah pemerhatian turut dilakukan semasa proses rawatan dijalankan bagi mendapatkan gambaran proses ritual penggunaan tawas dalam perubatan tradisional. Analisis dilakukan dengan menggunakan pendekatan antropologi perubatan. Hasil kajian mendapati bahawa proses ritual dan fungsi tawas dalam perubatan Melayu tradisional khususnya rawatan penyakit batin yang dikaitkan dengan makhluk halus. Dalam konteks bidang etnoperubatan, kajian ini penting untuk mendokumentasikan penggunaan tawas sebagai sebahagian khazanah perubatan Melayu tradisional agar tidak hilang ditelan zaman. Dalam jangka masa panjang pula masyarakat Melayu boleh memanfaatkan ilmu pengubatan tradisional yang sesuai sebagai satu cara pengubatan alternatif.