Impak persempadanan semula bahagian pilihan raya terhadap pola pengundian dalam pilihan raya umum ke-14 di kawasan DUN Kadok dan Melor, Kelantan

Persempadanan semula merupakan salah satu elemen penting dalam sistem pilihan raya bagi sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi. Persempadanan merujuk kepada garisan kawasan yang menentukan pembahagian kuasa pentadbiran dan pemetaan. Persempadanan sesuatu kawasan adalah berbeza bergantung k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nor Hafis Ahmad Pauzan,, Junaidi Awang Besar,, Hamzah Jusoh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17635/1/39617-156780-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17635/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1396
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Persempadanan semula merupakan salah satu elemen penting dalam sistem pilihan raya bagi sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi. Persempadanan merujuk kepada garisan kawasan yang menentukan pembahagian kuasa pentadbiran dan pemetaan. Persempadanan sesuatu kawasan adalah berbeza bergantung kepada keperluan sama ada di bawah bidang kuasa negeri, pihak berkuasa tempatan dan juga sempadan pilihan raya. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis impak persempadanan semula bahagian pilihan raya terhadap pola pengundian di kawasan DUN Kadok dan Melor, Kelantan. Berdasarkan kepada pemerhatian di lapangan, sesi temu bual, ‘scoresheet’ keputusan pilihan raya, kajian perpustakaan dan peratusan bantahan ke atas pemilih di kawasan terlibat, didapati bahawa wujudnya ketidakseimbangan dari segi populasi pemilih di kedua-dua kawasan tersebut. Pendefinasian yang sesuai dalam aspek ketidakseimbangan ini dikategorikan sebagai ‘malapportionment’. Ianya juga jelas menunjukkan bahawa prinsip ‘one man one vote, one vote one value’ diketepikan sama sekali demi mengukuhkan kuasa geopolitik sesuatu parti. Justeru itu, artikel ini mengupas lebih lanjut mengenai kesan pelaksanaan persempadanan semula terhadap pola pengundian di kawasan DUN Kadok dan Salor, Kelantan pada pilihan raya umum yang ke-14.