Genesis falsafah Sejarah Islam dan perkembangannya pasca Ibn Khaldun

Penulisan ini membincangkan genesis dan perkembangan disiplin falsafah sejarah Islam yang dibangunkan dari kerangka historiografi Islam. Fokus adalah untuk membina asal usul atau genesis falsafah sejarah Islam dan prosesnya dalam menjadi ranting kepada disiplin historiografi Islam. Menggunakan pende...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azmul Fahimi Kamaruzaman,, Nabeela Akrasha Surtahman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17498/1/48492-157314-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17498/
https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1399
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penulisan ini membincangkan genesis dan perkembangan disiplin falsafah sejarah Islam yang dibangunkan dari kerangka historiografi Islam. Fokus adalah untuk membina asal usul atau genesis falsafah sejarah Islam dan prosesnya dalam menjadi ranting kepada disiplin historiografi Islam. Menggunakan pendekatan kronologi sejarah dan analisis kandungan, penulisan ini menelusuri kepada epistemologi historiografi Islam yang berkembang daripada aliran naratif isnad, hawliyyah, khabar, dinasti, tabaqat dan salasilah kepada metode analisis sejarah yang diasaskan oleh Ibn Khaldun pada abad ke-14 yang mengubah paradigma metodologi historiografi daripada naratif kepada analisis bagi memahami sejarah dan membina kerangka komprehensif tamadun Islam. Asas epistemologi sejarah yang diasaskan Ibn Khaldun boleh ditafsirkan sebagai genesis kepada disiplin falsafah sejarah Islam yang kemudiannya membentuk dan merintis epistemologi sejarah ahli falsafah sejarah yang lain pasca Ibn Khaldun seperti Malek Bennabi, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Nayef al-Rodhan yang mewakili dimensi perkembangan idea sejarah di dunia Islam pada abad ke-20 dan ke-21.