Faktor penentu kejayaan Sistem Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah di Malaysia
Realiti sistem perundangan syariah yang semakin mencabar dalam persekitaran global masa kini memerlukan penyampaian perkhidmatan yang pantas dan efisien dalam pelaksanaan undang-undang syariah. Ilham untuk membangunkan Sistem Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (e-Jinayat) adalah hasil mekanisma y...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17497/1/48491-157313-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17497/ https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1399 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Realiti sistem perundangan syariah yang semakin mencabar dalam persekitaran global masa kini memerlukan penyampaian perkhidmatan yang pantas dan efisien dalam pelaksanaan undang-undang syariah. Ilham untuk membangunkan Sistem Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (e-Jinayat) adalah hasil mekanisma yang tidak sistematik dan tidak seragam dalam sistem perundangan jenayah syariah di Malaysia. Pengguna sistem merupakan salah satu elemen utama dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah sistem. Tanpa pengguna, operasi sistem menjadi lumpuh dan kerajaan mengalami pembaziran kos, tenaga kerja dan masa yang diperuntukkan. Setelah hampir sedekad pelaksanaan e-Jinayat, penggunaan sistem masih kurang mendapat sambutan di peringkat negeri. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap faktor penggunaan sistem tersebut dan sekali gus mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kejayaan penggunaan sistem e-Jinayat. Kajian ini menggunakan adaptasi model Teori Penerimaan dan Penggunaan Teknologi Bersatu (UTAUT) dengan penambahan satu faktor luaran yang merangkumi faktor jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan dan sokongan vendor. Sejumlah 282 data kajian diperolehi hasil soal selidik terdiri daripada penguat kuasa agama dan pendakwa syarii yang merupakan pengguna e-Jinayat. Hasil kajian mendapati tahap penggunaan responden terhadap e-Jinayat berada di paras sederhana. Keputusan analisis regresi menunjukkan bahawa jangkaan prestasi adalah faktor dominan yang mempengaruhi niat tingkah laku dan diikuti dengan pengaruh sosial dan jangkaan usaha. Hasil keputusan juga menunjukkan hubungan niat penggunaan dan sokongan vendor signifikan terhadap tingkah laku penggunaan manakala keadaan kemudahan sebaliknya. Hasil kajian boleh dijadikan garis panduan dalam mengukur tahap penggunaan sistem sekali gus membantu pembangunan sistem pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia. |
---|