Amalan pentaksiran alternatif dalam program Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19

Krisis Pandemik COVID-19 menyebabkan perubahan mendadak dan menjadi cabaran baharu terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di institusi pendidikan tinggi, termasuklah bidang Pengajian Islam. PdP dalam Pengajian Islam lebih sinonim dengan amalan PdP secara bersemuka meskipun Pendidikan 4.0...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Haziyah Hussin,, Najah Nadiah Amran,, Nur Farhana Abdul Rahman,, ‘Adawiyah Ismail,, Zamzuri Zakaria,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17495/1/48485-157289-1-PB%20%281%29.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17495/
https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1399
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Krisis Pandemik COVID-19 menyebabkan perubahan mendadak dan menjadi cabaran baharu terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di institusi pendidikan tinggi, termasuklah bidang Pengajian Islam. PdP dalam Pengajian Islam lebih sinonim dengan amalan PdP secara bersemuka meskipun Pendidikan 4.0 menekankan kaedah penyampaian yang transformatif dan pengaplikasian pentaksiran alternatif. Keupayaan bidang Pengajian Islam mengadaptasi ciri-ciri ini khususnya pentaksiran alternatif dianggap terhad dan kurang diyakini kerana umumnya masih ramai pensyarah yang selesa melaksanakan penilaian sumatif atau peperiksaan akhir. Artikel ini bertujuan menganalisis amalan pentaksiran alternatif dalam kursus-kursus yang ditawarkan oleh semua program prasiswazah Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia serta menganalisis bentuk-bentuk penilaian yang digunakan dalam PdP. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Data dikumpulkan daripada analisis dokumen ke atas proforma kursus berdasarkan penawaran kursus pada sesi akademik 2018-2019 dan 2019-2020, kemudiannya dianalisis secara statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pentaksiran alternatif dalam pengajian Islam telah bermula pada sesi 2012-2013 namun jumlah kursusnya sangat sedikit dan tidak konsisten. Namun, dengan adanya pelbagai inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 dan Kerangka Pendidikan 4.0 UKM yang dilaksanakan pada tahun 2017 telah mendorong peningkatan bilangan kursus yang menggunakan penilaian berterusan pada sesi 2018-2019 dan 2019-2020. Kajian mendapati pelbagai kaedah penilaian yang memenuhi elemen Pendidikan 4.0 telah digunakan merangkumi pembelajaran berasaskan aktiviti, kerja lapangan, penulisan esei dan pembentangan, penganjuran seminar serta penggunaan teknologi digital. Hal ini menjelaskan bahawa amalan PdP Pendidikan 4.0 dalam bidang Pengajian Islam mampu dilaksanakan dan berpeluang dijalankan secara maksima khususnya dalam mengimplementasi kaedah pentaksiran alternatif yang sahih dan autentik. Ia juga memberi impak positif ke atas kemahiran insaniah pelajar dan pengalaman pembelajaran, selain mengurangkan kebergantungan pensyarah kepada peperiksaan akhir untuk mengukur hasil pembelajaran kursus.