Bidang jihad bagi wanita menurut perspektif Amina Wadud

Pelbagai pendekatan telah digunakan oleh pengkaji barat ketika meneroka tentang konsep jihad menurut Islam. Kepelbagaian ini memberikan natijah kepada wujudnya perbezaan pandangan mengenai erti dan bidang-bidang jihad yang sebenarnya. Artikel ini bertujuan membahaskan bidang jihad bagi wanita me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shahidatul Ashikin Shahran,, Najah Nadiah Amran,, Latifah Abdul Majid,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17370/1/136-270-2-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17370/
http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/13
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelbagai pendekatan telah digunakan oleh pengkaji barat ketika meneroka tentang konsep jihad menurut Islam. Kepelbagaian ini memberikan natijah kepada wujudnya perbezaan pandangan mengenai erti dan bidang-bidang jihad yang sebenarnya. Artikel ini bertujuan membahaskan bidang jihad bagi wanita menurut perspektif Amina Wadud yang menggunakan pengalaman hidupnya dan pendekatan feminisme sebagai kerangka konsep dalam mendalami bidang ini. Kajian ini menggunakan metode kualitatif berbentuk analisis dokumen dengan merujuk kepada karyanya yang bertajuk ‘Inside the Gender Jihad Womens Reform in Islam’. Amina Wadud bertegas bahawa budaya patriarki yang diamalkan sejak dahulu telah menindas dan meminggirkan wanita dari memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara, justeru beliau telah mengepalai solat Jumaat dan membaca khutbah. Pengalaman tersebut membentuk diri beliau untuk melihat peranan wanita dan sumbangan mereka dari perspektif pembebasan dari budaya yang dikatakan mengongkong wanita Islam. Artikel ini menyenaraikan empat daripada lapan bidang jihad bagi wanita yang ditampilkan dalam karya beliau iaitu wanita berjihad menerusi (a) perlaksanaan peranan dalam keluarga khususnya mereka dalam kalangan ibu tunggal, (b) peranan sebagai pekerja di sektor pekerjaan, (c) wanita menjadi ketua dalam urusan agama seperti menjadi imam dan juga (d) menerusi penglibatan bidang pendidikan serta penyelidikan. Kajian mencadangkan agar dilakukan kajian perbandingan yang konprehensif meninjau perspektif pengkaji-pengkaji barat dan timur mengenai konsep dan bidang jihad bagi golongan wanita.