Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kecerdasan menghadapi cabaran teknologi menggunakan model Rasch

Instrumen Kecerdasan Menghadapi Cabaran Teknologi telah dibina bagi mengukur tahap kecerdasan remaja dalam menghadapi cabaran teknologi menggunakan model CORE dan pemeriksaan ciri-ciri psikometriknya menggunakan model Rasch. Sampel dipilih berdasarkan pensampelan rawak mudah yang melibatkan tiga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Salwana Mahamud,, Norasmah Othman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17319/1/42051-140516-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17319/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Instrumen Kecerdasan Menghadapi Cabaran Teknologi telah dibina bagi mengukur tahap kecerdasan remaja dalam menghadapi cabaran teknologi menggunakan model CORE dan pemeriksaan ciri-ciri psikometriknya menggunakan model Rasch. Sampel dipilih berdasarkan pensampelan rawak mudah yang melibatkan tiga daerah di Selangor iaitu daerah Gombak, Kuala Langat dan Sepang. Kajian ini melibatkan 660 responden. Instrumen ini mengandungi empat konstruk iaitu konstruk kawalan, kepunyaan, jangkauan dan ketahanan. Data dianalisis menggunakan perisian Winsteps 3.73. Dapatan menunjukkan indeks kebolehpercayaan item adalah 0.96 dan indeks kebolehpercayaan individu adalah 0.91. Bacaan indeks pengasingan item adalah 5.76 dan indeks pengasingan individu adalah 3.11. Analisis polariti item menunjukkan nilai Point Measure Correlations adalah antara 0.29 hingga 0.55. Analisis unidimensi pula menunjukkan nilai varian reja terpiawai adalah 20.7% dan nilai varians yang tidak dijelaskan dalam kontras pertama adalah 5.7%. Manakala analisis kesesuaian item pula menunjukkan nilai Mean Squareinfit dan outfit berada antara 0.75 hingga 1.43. Bagi analisis kebebasan setempat nilai yang ditunjukkan adalah -0.25 hingga 0.41. Justeru kajian ini menyumbang kepada pembentukkan instrumen kecerdasan menghadapi cabaran teknologi yang berkualiti hasil pemeriksaan ciri psikometrik menggunakan Model Rasch. Selain itu, Kajian ini juga memberikan implikasi kepada perkembangan model CORE dalam konteks cabaran yang berbeza iaitu cabaran teknologi. Hal ini dapat membantu pihak sekolah bagi merancang program khas bagi tujuan pembangunan diri murid agar kekal relevan serta berdaya saing dalam era perkembangan teknologi. Selain itu, instrumen ini dapat membantu murid untuk mengenal pasti tahap kecerdasan menghadapi cabaran bagi diri sendiri serta mampu berusaha untuk meningkatkan lagi kecemerlangan diri dan berupaya bersaing di peringkat global.