Kajian keselarian antara filem Inception dengan pemikiran al-Ghazali
Inception merupakan sebuah filem aksi cereka sains (sci-fi) di bawah pengarahan Christopher Nolan. Mauduk utama filem ini berkisar mengenai mimpi dan realiti. Filem ini cuba mengangkat satu persoalan yang berlegar-legar dalam komuniti ahli falsafah minda iaitu: apakah makna sebenar untuk mengata...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17296/1/33806-140830-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17296/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1298 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Inception merupakan sebuah filem aksi cereka sains (sci-fi) di bawah pengarahan Christopher Nolan. Mauduk utama
filem ini berkisar mengenai mimpi dan realiti. Filem ini cuba mengangkat satu persoalan yang berlegar-legar dalam
komuniti ahli falsafah minda iaitu: apakah makna sebenar untuk mengatakan bahawa mimpi ialah pengalaman sedar
ketika tidur? Perbahasan mengenai perkaitan antara kesedaran dengan mimpi telah dibincangkan berabad lamanya.
Misalnya, dalamsejarah falsafah Barat, ahli falsafah Yunani terkemuka iaitu Aristotle paling awal membahaskan topik
tersebut dalam karyanya yang bertajuk On Dreams. Walau bagaimanapun, dari konteks falsafah Islam, Fazlur Rahman
menekankan bahawa al-Ghazali merupakan pemikir Muslim terawal yang menggunakan mimpi untuk membuktikan
kewujudan objektif atau kewujudan secara ontologi berkenaan hal-hal pengakhiran jiwa manusia yang disebut
juga dalam eskatologi. Oleh itu, makalahini berhasrat menganalisis tema-tema utama dalam filem Inceptionsecara
berselari dengan pandangan al-Ghazali berkaitan mimpi. Dengan menggunakan reka bentuk kajian berasaskan
analisis kandungandan kaedah pengumpulan data menerusi analisis dokumen, makalah ini mengemukakan empat
tema penting dalam Inception yang dapat dibandingkan dengan pemikiran al-Ghazali iaitu realiti kematian, realiti
sakit, skeptisisme dan imaginasi. Secara garis besarnya, makalah ini menganalisis filem tersebut dan pemikiran al-Ghazali dengan membahagikan perbincangan kepada dua iaitu ontologi dan epistemologi. Dapatan makalah ini
secara teorinya menyumbang kepada kerelevanan pemikiran al-Ghazali dari aspek ontologi dan epistemologidalam
memahami sesebuah filem yang mengandungi sekian unsur kefalsafahan. |
---|