Analisis terhadap peruntukan penentuan ʻiddah dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia

Penceraian sering dikaitkan dengan ‘iddah; iaitu suatu tempoh pra-penceraian tertentu bagi isteri perlu menunggu sebelum berkahwin baru atau diruju’ semula oleh bekas suami dan juga suatu tempoh bagi bekas suami memberi nafkah ‘iddah kepada isterinya. Penentuan ‘iddah disisi Shariʻah ini sangat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mek Wok Mahmud,, Naimah Mohamad Nasir,, Saidatolakma Mohamad Yunus,, Mohammed Farid Ali,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17294/1/32483-140825-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17294/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1298
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penceraian sering dikaitkan dengan ‘iddah; iaitu suatu tempoh pra-penceraian tertentu bagi isteri perlu menunggu sebelum berkahwin baru atau diruju’ semula oleh bekas suami dan juga suatu tempoh bagi bekas suami memberi nafkah ‘iddah kepada isterinya. Penentuan ‘iddah disisi Shariʻah ini sangat penting dan perlu diteliti bagi menjaga kemaslahatan isteri yang diceraikan semasa dalam tempoh ‘iddah. Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam di setiap negeri didapati tiada garis panduan atau peruntukan undang-undang yang khusus bagi rujukan pengamal undang-undang dan hakim dalam penentuan ‘iddah bagi seseorang wanita yang diceraikan. Jesteru, keadaan ini menjurus kearah interpretasi yang berbeza sehingga boleh menyebabkan perlaksanaan boleh dipertikaikan. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis peruntukan undang-undang dan perlaksanaannya dalam kes atau isu penentuan ‘iddah. Kajian ini juga bertujuan memberi kefahaman umum kepada masyarakat, pengamal undang-undang dan kehakiman akan kesan ketidakjelasan garis panduan secara terperinci terhadap penentuan iddah. Kajian ini mengadaptasi metode kualitatif dengan menggunakan analisis konten terhadap kes-kes yang berkaitan dengan penentuan ‘iddah untuk memahami isu ini dengan baik. Hasil kajian mendapati tempoh ‘iddah tidak diperjelas secara teliti ketika pembicaraan kes penceraian, penentuan tempoh tuntutan nafkah ‘iddah oleh orang awam dan pengamal undang-undang syariah hanya setakat tiga bulan dan kebanyakan kes bergantung kepada tuntutan pihak yang menuntut tanpa meneliti terlebih dahulu kondisi dan tempoh haid sebenar bagi ‘iddah wanita. Maka, kajian ini mencadangkan pembahagian ʻiddah secara komprehensif dan padat perlu dimasukkan sebagai seksyen dalam enakmen Undang-Undang Keluarga Islam dan penelitian pada keadaan wanita harus dititikberatkan oleh pihak peguam cara dan hakim sebelum Mahkamah menetapkan sebarang keputusan penentuan ʻiddah. Maka, moga kajian ini membantu dalam menambah baik penghakiman penentuan ʻiddah di Malaysia agar lebih efektif dan sesuai dengan tuntutan Syariah.