Hubungan di antara konsep kendiri dan kesedaran komuniti dengan sokongan sosial bagi pesalah muda di Malaysia

Artikel ini disediakan untuk mengenalpasti hubungan di antara konsep kendiri dan kesedaran komuniti dengan sokongan sosial bagi pesalah muda di Malaysia. Satu kajian kuantitatif telah dijalankan ke atas 306 pesalah muda yang sedang menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat di bawah pengawasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: N.K. Tharshini,, Fauziah Ibrahim,, Mohd Suhaimi Mohamad,, Ezarina Zakaria,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17293/1/30844-140822-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17293/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1298
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini disediakan untuk mengenalpasti hubungan di antara konsep kendiri dan kesedaran komuniti dengan sokongan sosial bagi pesalah muda di Malaysia. Satu kajian kuantitatif telah dijalankan ke atas 306 pesalah muda yang sedang menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti daripada responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pesalah muda lelaki (100%) yang berusia 20 tahun (36.3), bujang (94.4%), berpendidikan pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (52.1%), dan tidak bekerja (49.7%). Keputusan analisis kolerasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara konsep kendiri (r=.699, p<0.01) dan kesedaran komuniti (r=.606, p<0.01) dengan sokongan sosial. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pihak yang berkepentingan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat agar melakukan penambahbaikan terhadap modul pemulihan yang sedia ada dengan memberi penekanan terhadap aspek konsep kendiri, kesedaran komuniti, dan sokongan sosial bagi membantu memulihkan kefungsian sosial pesalah muda pada masa hadapan.