Adaptasi pelajar wanita Melayu di United Kingdom
Terdapat peningkatan terhadap bilangan para pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara. Fenomena ini secara tidak langsung dapat memberi peluang yang besar dalam meningkatkan kebolehpasaran diri dan kemampuan yang tinggi untuk mempelajari dan menerima budaya baru. Namun begitu, p...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17114/1/340-Article%20Text-504-1-10-20201110.pdf http://journalarticle.ukm.my/17114/ http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/16 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Terdapat peningkatan terhadap bilangan para pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara.
Fenomena ini secara tidak langsung dapat memberi peluang yang besar dalam meningkatkan
kebolehpasaran diri dan kemampuan yang tinggi untuk mempelajari dan menerima budaya baru. Namun
begitu, proses untuk melanjutkan pelajaran ke negara asing ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah
bagi sesetengah pelajar disebabkan oleh beberapa faktor peribadi, persekitaran dan budaya. Kajian ini
dijalankan bagi meneroka proses adaptasi wanita Melayu yang pernah melanjutkan pelajaran di United
Kingdom, serta proses penyesuaian semula setelah kembali ke Malaysia. Pengkaji telah memilih Model
Lekuk-W oleh Gullahorn dan Gullahorn (1963) untuk meneliti setiap cabaran dan proses adaptasi dengan
lebih mendalam. Model bermula daripada fasa bulan madu, fasa kejutan budaya, fasa penyesuaian, fasa
pengasingan mental, dan akhir sekali fasa penerimaan dan integrasi. Bagi memastikan data yang
diperolehi itu sah dan relevan, sesi temu bual mendalam yang melibatkan lima (5) orang wanita Melayu
telah dijalankan. Berdasarkan jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh informan, dapat dibuktikan
bahawa kesemua pelajar wanita Melayu di dalam kajian ini telah berjaya melalui proses adaptasi semasa
melanjutkan pelajaran di United Kingdom, walaupun menghadapj kesukaran atau cabaran dari aspek
akademik, sosial dan agama. Begitu juga dengan proses penyesuaian setelah pulang ke tanah air, informan
tidak mengalami sebarang kesukaran untuk beradaptasi dengan budaya asal mereka. Pembinaan
hubungan dengan komuniti Malaysia dan pengekalan dalam mengamalkan budaya Melayu semasa
menetap di luar negara selama tiga tahun telah menyebabkan mereka tidak mengalami kejutan budaya
terbalik. Melalui kajian ini juga, pelajar tidak mengalami sebarang serangan yang berbentuk Islamofobia
daripada masyarakat tempatan. Malah, pelajar wanita Melayu mempunyai hubungan yang baik dengan
mereka. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa penghijrahan pelajar wanita Melayu ini telah
memberi impak yang positif kepada diri mereka. |
---|