PAS: permuafakatan politik sebagai tapak integrasi dan peranan wanita

Di Malaysia, majoriti parti-parti politik bergerak di atas landasan kepentingan kaum. Ia mengakibatkan persaingan politik, perebutan kuasa serta kecenderungan untuk menonjol sebagai parti yang lebih berwibawa mewakili kaum-kaum tertentu. Oleh itu, dalam masyarakat yang berbilang kaum, parti-...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zaireeni Azmi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17109/1/44787-144117-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17109/
https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1361
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Di Malaysia, majoriti parti-parti politik bergerak di atas landasan kepentingan kaum. Ia mengakibatkan persaingan politik, perebutan kuasa serta kecenderungan untuk menonjol sebagai parti yang lebih berwibawa mewakili kaum-kaum tertentu. Oleh itu, dalam masyarakat yang berbilang kaum, parti-parti politik yang bersaing perlu mendapatkan undi rakyat bagi menubuhkan kerajaan. Kerjasama politik atau permufakatan politik dilihat sebagai satu strategi yang berkesan untuk mencapai objektif ini. Strategi ini mewujudkan beberapa gabungan parti-parti politik yang berkompromi dan bekerjasam untuk membentuk kerajaan. Permuafakatan politik ini menjadi tapak integrasi parti-parti politik yang mewakili kaum tertentu untuk meminggirkan kepentingan mereka dan mencapai persefahaman mewakili kesejahteraan rakyat Malaysia. Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan parti Islam dan dianggotai oleh majoriti etnik Melayu. Parti ini telah turut serta dalam beberapa gabungan permuafakatan politik. Kesannya, PAS berjaya meraih undi yang lebih tinggi dalam pilihan raya berbanding apabila parti itu bergerak sendirian. Setiap ahli parti menyokong permuafakatan yang dibuat oleh pimpinan parti termasuk wanita PAS. Namun persoalannya sejauhmanakah permuafakatan politik menjadi tapak kepada perpaduan kaum? Makalah ini cuba menyelusuri kedudukan PAS dalam permuafakatan politik serta merupakan usaha awal untuk memeta peranan yang dimainkan oleh wanita PAS dalam proses ke arah integrasi nasional.