Partisipasi NGO dalam bantuan kemanusiaan terhadap pelarian di Malaysia dan sumbangannya ke arah penyatupaduan masyarakat

Naratif pelarian di Malaysia bukan seperti yang dijangkakan kerana terdapat sebilangan besarnya hidup dalam keadaan rentan tidak mempunyai keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan, kewangan, kesukaran mendapat rawatan kesihatan dan kanak-kanak tidak memperolehi pendidikan secara formal....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Atika Shafinaz Nazri,, Nidzam Sulaiman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17101/1/44779-144100-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17101/
https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1361
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Naratif pelarian di Malaysia bukan seperti yang dijangkakan kerana terdapat sebilangan besarnya hidup dalam keadaan rentan tidak mempunyai keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan, kewangan, kesukaran mendapat rawatan kesihatan dan kanak-kanak tidak memperolehi pendidikan secara formal. Ketidakstabilan kehidupan pelarian ini telah mendapat perhatian banyak pihak terutama NGO untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan. Justeru, konsentrasi utama kajian ini adalah mengenal pasti apakah peranan NGO bagi mengurangkan penderitaan pelarian dan pada masa sama meneliti bagaimana partisipasinya boleh menyumbang kepada penyatupaduan masyarakat. Kajian ini berbentuk kes yang mengaplikasikan pendekatan kualitatif menerusi temu bual separa struktur bersama empat pegawai NGO MyCARE dan pemerhatian turut serta. Pemilihan organisasi ini dibuat berasaskan penglibatan secara aktif membantu pelarian di Malaysia sejak penubuhannya. Dapatan kajian menunjukkan bentuk-bentuk bantuan kemanusiaan bersifat sara hidup, pek makanan, rawatan kesihatan, pendidikan, perundingan, kemahiran kendiri dan ibadah korban telah mengurangkan serba sedikit bebanan yang dihadapi oleh pelarian. Penglibatan NGO, aktiviti, kerjasama pihak luar, penerima sumbangan, pengagihan di merata kawasan, sifat pemurah penderma, sokongan kerajaan di dalam ruang sosial melalui bantuan ini telah menemukan elemen perbezaan agama, bangsa, etnik, gender, usia dan kuasa untuk berkongsi detik perpaduan dan perasaan integrasi.