Pemetaan isoglos varian dialek Terengganu berasaskan aplikasi sistem maklumat geografi
Makalah ini bertujuan menyerlahkan peta variasi Dialek Terengganu yang wujud di Lembangan Sungai Terengganu dengan mengaplikasikan perisian Sistem Maklumat Geografi (Geographical Information System). Variasi leksikal ‘aku’, ‘kamu’ dan ‘mereka’ yang berfungsi sebagai subjek dalam ujaran yang di...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17039/1/41762-143349-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17039/ https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1357 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Makalah ini bertujuan menyerlahkan peta variasi Dialek Terengganu yang wujud di Lembangan
Sungai Terengganu dengan mengaplikasikan perisian Sistem Maklumat Geografi (Geographical
Information System). Variasi leksikal ‘aku’, ‘kamu’ dan ‘mereka’ yang berfungsi sebagai subjek
dalam ujaran yang dituturkan oleh masyarakat kampung yang tinggal di sepanjang Lembangan
Sungai Terengganu dimanfaatkan sepenuhnya dalam memenuhi objektif kajian ini. Kajian ini
menerapkan kaedah kajian lapangan yang melibatkan teknik temu bual informan dan rakaman.
Aspek geolinguistik dan bukan linguistik telah dikemukakan dalam makalah ini bagi
mengukuhkan kewujudan isoglos bagi lapan varian dialek kawasan yang merangkumi varian
Makam Lama, varian Tajin, varian Butut, varian Pauh, varian Bidur, varian Kuala Pueh, varian
Jenagor dan varian Baung. Taburan varian untuk kebanyakan kawasan kajian di sepanjang LST
adalah berbeza mengikut pengaruh pertuturan penuturnya dengan keadaan geografi kawasan
kajian. Ringkasnya, penyebaran sesuatu dialek adalah sangat dipengaruhi oleh keadaan geografi
atau bentuk muka bumi di persekitaran kawasan kajian seperti lembangan sungai, bukit bukau,
hutan, bertanah pamah dan tasik. Dapatan kajian juga membuktikan tiada sebarang penemuan
dialek luar atau bahasa Orang Asli di sepanjang Lembangan Sungai Terengganu. Kajian ini
memberi implikasi kepada penambahan kosa ilmu linguistik khususnya bidang kajian Geografi
Dialek, di samping mempertingkatkan kefahaman tentang variasi dialek Melayu dalam
pendidikan variasi bahasa/dialek Melayu di sekolah, universiti dan kementerian pendidikan.
Kajian ini adalah signifikan kepada para ahli linguistik Melayu yang berusaha meneruskan legasi
pengkajian dialek di Malaysia dan kelestarian budaya Melayu. |
---|