Penggunaan telefon pintar dan tahap nomofobia dalam kalangan murid berkeperluan khas di sekolah menengah

Kajian tinjauan ini dilaksanakan bagi mengenalpasti penggunaan telefon pintar dan tahap nomofobia dalam kalangan murid berkeperluan khas di sekolah menengah. Nomofobia merupakan satu keadaan di mana individu akan berasa takut dan bimbang apabila telefon pintar tidak bersama mereka. Murid berke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tang, Lai Shin, Manisah Mohd Ali,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17038/1/38792-143347-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17038/
https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1357
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tinjauan ini dilaksanakan bagi mengenalpasti penggunaan telefon pintar dan tahap nomofobia dalam kalangan murid berkeperluan khas di sekolah menengah. Nomofobia merupakan satu keadaan di mana individu akan berasa takut dan bimbang apabila telefon pintar tidak bersama mereka. Murid berkeperluan khas dengan nomofobia terdedah kepada pelbagai kesan negatif dari segi perkembangan kemahiran motor, pencapaian akademik mahupun sosial. Soal selidik telah ditadbir terhadap 285 orang murid dari empat buah sekolah menengah pendidikan khas yang mengalami sama ada masalah pembelajaran, kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pertuturan atau kurang upaya fizikal. Statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, peratus, nilai min serta sisihan piawai telah digunakan bagi menganalisis data berkenaan tempoh penggunaan telefon pintar, tujuan penggunaan dan tahap nomofobia. Statistik inferensi melalui Ujian-T Dua Sampel Bebas pula membandingkan tahap nomofobia dari aspek jantina manakala Anova Sehala membandingkan tahap nomofobia dari segi tempoh penggunaan telefon pintar. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid sekolah menengah pendidikan khas mengalami tahap nomofobia yang sederhana. Wujud perbezaan yang signifikan antara jantina, dengan lelaki menunjukkan tahap nomofobia yang lebih tinggi namun tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi tahap nomofobia dari segi tempoh penggunaan telefon pintar. Kajian ini memberi implikasi kepada peranan guru, ibu bapa dan komuniti dalam mengawal penggunaan telefon pintar serta mengurangkan tahap nomofobia murid-murid berkeperluan khas melalui pelaksanaan program-program dan intervensi bagi menggalakkan perkembangan mereka ke arah yang lebih positif.