Isu dan cabaran usahawan dalam industri penternakan lebah kelulut

Wujudnya kesedaran masyarakat terhadap pemakanan sihat menjadikan madu lebah kelulut antara produk yang mendapat permintaan tinggi. Namun begitu, penawarannya adalah rendah di pasaran, berikutan wujudnya pelbagai isu dan cabaran yang menggugat pengeluaran hasil. Tambahan pula, bilangan usahawa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosmiza Mohd Zainol,, Nurul Hidayah Mohamad Nordin,, Jabil Mapjabil,, Mazdi Marzuki,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17034/1/43029-143339-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17034/
https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1357
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wujudnya kesedaran masyarakat terhadap pemakanan sihat menjadikan madu lebah kelulut antara produk yang mendapat permintaan tinggi. Namun begitu, penawarannya adalah rendah di pasaran, berikutan wujudnya pelbagai isu dan cabaran yang menggugat pengeluaran hasil. Tambahan pula, bilangan usahawan yang menceburi bidang ini masih di tahap minimum. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menilai isu dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan penternakan lebah kelulut di Kuala Lipis, Pahang. Reka bentuk gabungan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif dilaksanakan ke atas 32 usahawan ternakan lebah kelulut. Hasil kajian mendapati gangguan fizikal melibatkan serangan serangga dan penyakit, monyet, burung pemakan serangga serta kecurian log kelulut oleh manusia merupakan isu serta cabaran utama yang dihadapi oleh usahawan. Gangguan aktiviti ekonomi manusia seperti penebangan hutan, penggunaan racun di kawasan pertanian dan kebakaran hutan, serta faktor musiman dan tahap pengetahuan usahawan yang rendah dalam proses pengeluaran turut menjadi isu dan cabaran dalam aktiviti penternakan lebah kelulut. Lantaran itu, penglibatan kukuh usahawan dalam industri penternakan lebah kelulut perlu mendapat sokongan padu daripada agensi pertanian dan agensi sokongan lain dalam memberi khidmat nasihat dan pengembangan. Selain itu, penyelidikan dan pembangunan terhadap potensi lebah kelulut perlu dipergiat bagi mengurangkan risiko dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan. Pendedahan kepada penggunaan teknologi 4.0 dalam penternakan lebah kelulut perlu diperluas kepada usahawan bagi melahirkan usahawan yang berdaya saing selari dengan perkembangan Revolusi Pertanian 4.0.