Identiti koperasi pekebun kecil sawit di Malaysia: satu deskripsi awal
Koperasi adalah entiti yang ditubuhkan bagi mencapai matlamat ahli yang homogenous sifatnya. Secara umumnya, koperasi bertujuan menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Namun selari dengan perkembangan semasa entiti koperasi turut berhadapan suasana baharu yang berpotensi memberi kesan kepada identitin...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17033/1/38040-143337-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17033/ https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1357 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Koperasi adalah entiti yang ditubuhkan bagi mencapai matlamat ahli yang homogenous sifatnya.
Secara umumnya, koperasi bertujuan menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Namun selari dengan
perkembangan semasa entiti koperasi turut berhadapan suasana baharu yang berpotensi memberi
kesan kepada identitinya. Selain daripada itu, faktor kontekstual juga berpotensi mewujudkan
pola tertentu dalam pengoperasian konsep koperasi. Makalah ini bertujuan mendeskripsi ciri-ciri
identiti koperasi pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia. Kajian ini telah menggunakan teknik
temubual dengan enam buah koperasi di negeri Selangor, Perak dan Johor. Data temubual telah
dianalisa dengan kaedah tematik bagi mengenalpasti ciri-ciri identiti koperasi. Penemuan kajian
menunjukkan koperasi pekebun kecil kelapa sawit dianggotai oleh pekebun atau peneroka dan
generasi kedua dari kalangan mereka. Koperasi mempunyai struktur Ahli Lembaga Koperasi
yang dipilih daripada ahli-ahli koperasi dan memiliki autonomi dalam membuat keputusan tanpa
campur tangan pihak luar. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah cenderung ke arah portfolio
perniagaan yang “selamat” dan “rendah risiko”. Walau bagaimanapun, koperasi pekebun kecil
sawit terlibat menunjukkan pola pengembangan portfolio perniagaan yang tidak lagi tertumpu
kepada pelaburan atau aktiviti-aktiviti pasif. Koperasi pekebun kecil kelapa sawit cenderung
untuk terlibat dalam aktiviti penjanaan hasil yang lebih berdaya maju. Namun begitu secara
keseluruhan, orientasi keusahawanan koperasi menunjukkan trend yang konsisten dengan corak
penawaran perkhidmatan yang masih bersifat konservatif dan berhati-hati. |
---|