Faktor pemilihan perumahan komuniti berpagar dan kepentingan rukun tetangga dalam pencegahan jenayah

Faktor jenayah menyumbang kepada pemilihan masyarakat pada perumahan komuniti berpagar dan berpengawal adalah rentetan daripada kes-kes jenayah pecah rumah, rompakan serta kecurian yang semakin meningkat pada hari ini. Akibat daripada kesan penambahan kadar pertumbuhan penduduk pada masa kini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Hidayah Abdul Manap,, Zurinah Tahir,, Jalaluddin Abd Malek,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/17011/1/44261-142113-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/17011/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1352
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Faktor jenayah menyumbang kepada pemilihan masyarakat pada perumahan komuniti berpagar dan berpengawal adalah rentetan daripada kes-kes jenayah pecah rumah, rompakan serta kecurian yang semakin meningkat pada hari ini. Akibat daripada kesan penambahan kadar pertumbuhan penduduk pada masa kini mengundang kepada berlakunya urbanisasi di kawasan bandar. Pertambahan penduduk mampu menganggu kepada kemerosotan kualiti hidup masyarakat di kawasan bandar kerana peluang pekerjaan yang terhad kepada mereka. Oleh itu, kegiatan rompakan dan pecah rumah sering berlaku di kawasan perumahan di bandar. Dengan ini, kajian ini akan memfokuskan pemilihan masyarakat terhadap perumahan komuniti berpagar dan berpengawal disebabkan jenayah dan juga rukun tertangga atau sebab-sebab lain. Kajian ini dilakukan di kawasan Johor Bahru iaitu dengan memberikan instrumen soal selidik kepada responden yang terpilih yang mendiami kawasan perumahan komuniti berpagar dan berpengawal. Hasil kajian ini mendapati, pemilihan masyarakat terhadap perumahan komuniti berpagar dan berpengawal adalah untuk mendapatkan keselamatan serta rukun tetangga atau keadaan sosial kawasan perumahan yang memberikan keselesaan kepada mereka untuk mendiami kawasan perumahan komuniti berpagar dan berpengawal ini. Pembangunan perumahan komuniti berpagar ini memberikan sumbangan yang baik dari segi keselamatan, keselesaan kepada masyarakat. Selain itu, memudahkan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas kerana bantuan dan kerjasama daripada rukun tetangga kawasan perumahan komuniti berpagar dan berpengawal ini.