Keutuhan wacana dalam infografik Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung pandemik Covid-19 menerusi Instagram Berita Harian

Kajian keutuhan makna wacana dalam infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung pandemik Covid-19 menerusi Instagram Berita Harian bertujuan untuk merungkai elemen wacana yang terdapat dalam setiap infografik tersebut. Hal ini secara tidak langsung membuktikan keupayaan bidang bah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Amirah Che Soh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16971/1/39886-159528-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16971/
https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1401
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian keutuhan makna wacana dalam infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung pandemik Covid-19 menerusi Instagram Berita Harian bertujuan untuk merungkai elemen wacana yang terdapat dalam setiap infografik tersebut. Hal ini secara tidak langsung membuktikan keupayaan bidang bahasa dalam membantu menangani penularan wabak ini. Secara umumnya, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa adalah alat penyampaian yang sangat penting dalam penyebaran maklumat. Kemajuan masa kini menerusi aplikasi yang boleh dimuat naik terus ke telefon bimbit menjadikan penyampaian informasi lebih mudah dan cepat. Namun demikian, informasi daripada institusi awam selalunya melalui proses penyuntingan terlebih dahulu sebelum dimuat naik di mana-mana saluran media sosial. Hal ini kerana, penyampaian informasi menerusi media sosial ini akan disaksikan oleh masyarakat secara berbilang bangsa dan usia. Oleh hal yang demikian, bentuk infografik hendaklah mudah difahami dan meninggalkan kesan dalam kalangan masyarakat agar nilai kebersamaan dalam menangani wabak ini dapat dipupuk. Bagi tujuan menganalisis infografik daripada KKM yang telah dimuat naik menerusi laman Instagram Berita Harian, kajian ini akan mengaplikasikan Teori Analisis Wacana oleh Normaliza Abd Rahim. Pengaplikasian teori ini akan dibincangkan melalui tiga elemen yang terdapat dalam wacana, iaitu kandungan, konteks dan andaian. Hasil kajian mendapati bahawa ketiga-tiga elemen terdapat dalam infografik yang direka oleh KKM menerusi Instagram Berita Harian.