Lagu Malaysia Truly Asia sentuhan Ahmad Nawab: sebuah penjenamaan bangsa berakarkan rumpun Nusantara

Semenjak 1972, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan telah melaksanakan pelbagai kempen dalam usaha menjenamakan negara ini sebagai sebuah destinasi pelancongan unik di Asia Tenggara. Muzik popular memainkan peranan penting dalam proses ini bagi memberi gambaran kepada masyarakat ap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shazlin Amir Hamzah,, Shamsul Amri Baharuddin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16968/1/42610-159508-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16968/
https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1401
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Semenjak 1972, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan telah melaksanakan pelbagai kempen dalam usaha menjenamakan negara ini sebagai sebuah destinasi pelancongan unik di Asia Tenggara. Muzik popular memainkan peranan penting dalam proses ini bagi memberi gambaran kepada masyarakat apabila diperdengarkan tentang keunikan Malaysia. Pada 1999, lagu Malaysia Truly Asia telah digubah oleh Dato’ Seri Ahmad Nawab dan kini kekal sebagai lagu paling ikonik bagi kempen ini. Lagu ini asalnya direkodkan dalam bahasa Inggeris dan kemudian diterjemahkan ke dalam tujuh belas bahasa asing untuk pasaran ke seluruh dunia. Lagu ini memperkenalkan dan mengenengahkan unsur-unsur warisan budaya tiga komuniti etnik utama Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India dengan sentuhan kompang, alunan alat muzik (serunai), Wayang Kulit Kelantan, gendang tabla, akordion dan seruling yang disulamkan bersama muzik orkestra moden. Lagu-lagu nasional seperti ini mewakili serta membina persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengaitkan mereka kepada ideologi dominan yang bersifat ‘takrifan autoriti’ kerana berasaskan politik etno-nasional hasil peninggalan pihak kolonial. Artikel ini membincangkan konsep ‘penjenamaan bangsa’ yang digunakan sebagai alat pemasaran sektor pelancongan Malaysia. Bagi Malaysia, penjenamaan bangsanya akan sentiasa diisi dengan elemen-elemen warisan sejarah rumpun Nusantara yang bersifat hibrid dan dikongsi bersama. Simbol-simbol warisan sejarah yang tersulam kemas ke dalam budaya seni persembahan ini mengalir dalam jiwa Ahmad Nawab dan beliau kemudian menjelmakannya dalam sebuah lagu popular sehingga diterima ramai sebagai identiti Malaysia.